January 9th, 2020

Meskipun sehingga hari ini kontroversi perkahwinan mereka masih lagi hangat diperkatakan dan menerima pelbagai kecaman, Da’i Farhan dan isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin tetapi menikmati fasa bulan madu mereka dengan tenang, tidak ambil pusing dengan apa pun yang dikatakan oleh orang ramai.

isteri da'i farhan ucap tahniah bekas maduMenerusi perkongsian di Instagram, wanita itu meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suami tercinta dalam hidupnya.

Malah, dia pasti akan merasa sebak sehingga menitiskan air mata setiap kali mendengar ceramah agama  yang disampaikan oleh Farhan, setiap kata-kata suaminya itu menusuk kalbu.

berlinang air mata, air hidung dengar ceramah da'i farhanPada masa yang sama, Dr Erin sempat berkongsi sedikit nukilan mutiara kata yang begitu mendalam maksudnya. Dia berkata apabila seseorang itu menuntut ilmu dunia, ia membuatkan diri menjadi riak tetapi apabila menuntut ilmu akhirat, ia akan membuatkan kita rasa sangat hina dan akan lebih mensyukuri dengan segala nikmat yang diberikan.