Written by Bella | June 16th, 2015

Baru sahaja menamatkan zaman duda selama empat bulan nampaknya rezeki sudah tertulis buat pelakon dan pengarah Zul Huzaimy yang bakal bergelar bapa sekali lagi apabila isterinya  Nur Ernawati disahkan hamil dua bulan. Tidak pernah merancang, Zul dan isteri bersyukur kerana menerima cahaya mata awal.

Terima kasih, syukur Alhamdulillah takdir kami suami isteri diberi peluang menimang cahaya mata dalam masa singkat apabila Erna (nama panggilan isteri Zul) disahkan hamil dua bulan.

Namun, sejujurnya memang kami tidak merancang apa-apa. Ini semua rezeki dan saya semestinya amat gembira kerana anak merupakan harta paling bernilai di atas dunia. Orang tidak akan bertanya sebanyak mana duit di dalam bank, sebaliknya akan bercerita berapa ramai anak yang kita ada (ketawa).

Pada peringkat awal kehamilan, Erna mengalami alahan yang agak teruk. Walaubagaimanapun, alahan tersebut sudah berkurangan tetapi beliau masih lagi ingin melakukan kerja-kerja di rumah.

Buat masa ini, Zul telah melarang isterinya untuk melakukan sebarang pekerjaan berat agar ia tidak membahayakan kandungan didalam perut.

Ketika mula-mula disahkan hamil, dia memang mengalami alahan yang teruk seperti muntah-muntah dan pening kepala. Bagaimanapun, sekarang alahannya semakin berkurangan, cuma dia gemar membuat kerja rumah sendiri.

Sewaktu kami baru berpindah rumah, dia mengangkat barang-barang seorang diri tanpa bantuan. Sekarang, saya memang melarang dia membuat kerja-kerja berat demi keselamatan kandungan dan dirinya.

Pasangan Zul Huzaimy dan Nur Ernawati telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2015. Ini merupakan anak pertama Zul bersama Erna, sebelum ini Zul telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Awal Haziq, 9, hasil pernikahan pertamanya.

Alhamdullillah, syukur kepada Tuhan kerana mengurniakan rezeki terindah buat mereka. Semoga ibu dan kandungan juga berada dalam keadaan sihat selalu.

Sumber Berita: Kosmo!

 

Written by AbangNara | December 15th, 2014

Setelah gagal dalam perkahwinannya yang terdahulu, Zul Huzaimy telah pun berkongsi berita gembira mengenai pertunangannya dengan seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Misz Erna. Untuk makluman, Zul Huzaimy telah bercerai sejak tahun 2010 dan ada desas-desus menyatakan teman wanita barunya ketika itu adalah isteri orang. Namun tidak diketahui sama ada Misz Erna adalah orang yang sama ataupun wanita yang berbeza.
zul huzaimy bertunang

Apa pun jelas terpancar kegembiraan Zul Huzaimy dengan pertunangannya apabila kata-kata yang ditulis menerusi akaun Instagramnya amat syahdu sekali. Tulis Zul:-

Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. #majlis #tunang aku #zulhuzaimy dan dirinya yang tersayang @miszerna Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya. Terima kasih pakjak, terima kasih uncle din, abg hatta, kak lin, terima kasih along, adik2ku ina, ayien, Iwan, Julia, seha, fidah, Aus, Noni, Pipi @dyayabesh, fatimah @iemamarzuki faqiha @velvettinta Terima kasih buat sahabatku rizal @kuzuri82 @hafizmahmud76 dan isteri, Saiful dan isteri.

Terima kasih kaum keluarga Terima kasih sayangku @miszerna menerima diriku. Jagalah dirimu di sana buat diriku di sini. Kasih dan sayangku moga ke akhirnya. Terima kasih tak terhingga pada sekalian yang membantu buat mama Puan rokiah, uncle HMNor, Ila, cikgu lizawati (along) dan cikgu zainudin, busu sekeluarga, dato’ jasmay dan isteri serta keluarga @adrianajasmay @liyanajasmay buat allahyarham ayahanda Marzuki Yusie, moga ayah tenang dan bahagia di sisi Allah.

zul huzaimy bertunang

Tahniah diucapkan kepada Zul dan Erna atas pertunangan ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga ke hari pernikahan. Nanti kongsi-kongsikanlah tarikh bersejarah tersebut. Pasti ramai peminat yang teringin melihat Zul naik ke jinjang pelamin sekali lagi. Tahniah!!!

zul

P.S: Best Buy World Malaysia sedang mengadakan promosi akhir tahun”. Jom dapatkan barangan-barangan jenama popular seperti SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein pada harga potongan. Pelbagai potongan pada semua kategori seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.