July 19th, 2016

Sekitar bulan lepas,  Zainol Macwilson dihimpit kontroversi apabila bernikah secara senyap-senyap  bersama seorang janda anak dua di Kangar, Perlis. Malah, perkahwinannya itu juga tidak diketahui oleh anaknya Zahirah Macwilson.

Kini selepas lebih daripada sebulan bapanya bernikah, Zahirah menerusi portal Utusan Online memberitahu beliau tetap sayangkan Zainol. Walaubagaimanapun, Zahirah masih lagi dalam proses untuk menerima hakikat beliau mempunyai adik-beradik tiri.

Buat masa ini juga, Zahirah belum bersedia untuk bertemu ibu dan adik-beradik tirinya demi menjaga hati ibunya sendiri.

Setakat ini saya masih cuba memberi sokongan buat ibu dan dalam masa yang sama tidak melupakan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk papa juga. Soal hubungan mama dan papa saya tidak mahu komen, namun saya yakin mereka profesional demi anak-anak.

Sama ada mahu menemui keluarga baharu papa itu masih tidak tahu lagi, agak pelik sebenarnya untuk mengetahui saya ada adik-beradik tiri. Mungkin bukan waktu yang sesuai juga untuk saya menemui ibu tiri saya dalam waktu sekarang. Saya lebih mahu menjaga hati ibu saya.

Zahirah juga akui, pada awalnya beliau sudah dapat merasakan Zainol sudah mempunyai teman wanita meskipun bapanya itu sering menafikannya.

Saya dapat rasakan memang papa sudah ada teman wanita pada mulanya, tetapi dia tidak pernah mengaku bila ditanya. Bila kami dapat tahu dia berkahwin, memang dalam keadaan terkejut sebab dia tidak pernah berkongsi apa-apa.

Melihat rumah tangga ibu bapanya yang musnah di tengah jalan, Zahirah tidak merasa trauma  dan percaya dengan ketentuan jodoh.

Bukan mudah sebenarnya untuk menerima sebuah lagi keluarga baharu yang asing didalam kehidupan. Tidak mengapa Zahirah, usah dipaksa dan perlahan-lahan mencari keserasian dan mendekati ibu dan adik-beradik tiri.

Sumber Berita : Utusan Online

June 22nd, 2016

Selepas bekas suami isteri barunya yang dikenali sebagai Rizal mengesahkan Zainol Macwilson sudah berkahwin di Kangar, Perlis pada hari Ahad lepas,  bapa Zahirah Macwilson itu akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Zainol akui beliau terpaksa menipu tentang perkahwinannya itu atas permintaan keluarga pihak perempuan yang enggan pernikahan mereka diketahui umum.

Saya tidak niat untuk menipu tentang perkahwinan yang berlangsung pada Ahad lalu, namun itu adalah permintaan pihak perempuan yang tidak mahu diketahui umum.

Kalau ikutkan saya lebih suka perkara yang baik itu tersebar, tapi dia minta saya rahsiakan sampai satu masa yang dia sudah bersedia. Namun malangnya gambar kami sudah tersebar lebih pantas.

Bercerita lanjut mengenai isteri barunya itu, Zainol memberitahu isterinya merupakan seorang janda beranak dua dan bekerja sebagai seorang guru. Majlis pernikahan mereka diadakan secara sederhana sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Pada masa yang sama, Zainol menafikan wanita berkenaan sebagai punca rumah tangga beliau dengan bekas isteri musnah. Mereka bercerai kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.

Dia bukan punca perpisahan saya dengan ibu Zahirah, hubungan saya dengan bekas isteri memang sudah lama bermasalah dan tidak sefahaman dalam banyak perkara termasuk membenarkan Zahirah menjadi artis. Dalam masa yang sama dia (isteri ketika ini) juga mempunyai masalah dengan suaminya dan telah terinaiya selama 13 tahun mereka berkahwin.

Zainol juga memohon maaf jika penafian beliau sebelum ini tentang perkahwinannya telah mencetuskan spekulasi dan mengelirukan ramai pihak.

Saya harap orang doakan yang baik-baik buat kehidupan baru saya ini, janganlah kecam atau hukum saya tanpa mengetahui berita yang sebenar.

Lebih mudah untuk berterus-terang daripada awal agar tiada sebarang kontroversi tercetus. Lagipun kedua-dua sudah bercerai dan tidak wujud isu rampas merampas.

Sumber Berita : mStar Online

June 22nd, 2016

Tentu anda semua sudah tahu tentang berita Zainol Macwilson sudah bernikah buat kali kedua pada hujung minggu lepas tanpa pengetahuan anak-anaknya.

Mendengar berita mengenai pernikahan bapanya, pelakon Zahirah Macwilson hanya mengharapkan yang terbaik buat Zainol.

Zahirah juga yakin serta percaya bahawa majlis itu memang sah berlangsung meskipun tanpa pengetahuannya.

Apabila ibu memaklumkan kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Sebagai anak, saya doa yang terbaik untuknya.

Pada awalnya Zainol tidak mahu mengaku bahawa beliau sudah bernikah dengan seorang ibu tunggal beranak dua.

Walaubagaimanapun, penipuan beliau itu terbongkar apabila bekas suami isteri barunya itu mengesahkan bekas isterinya itu sudah berkahwin dengan Zainol di Kangar, Perlis pada hari Ahad lepas. Lelaki yang ingin dikenali dengan nama Rizal itu juga menyifatkan Zainol seorang yang pengecut kerana menafikan berita berkenaan.

Zainol dan ibu Zahirah, Maslinda Yusof bercerai pada 9 November tahun lalu selepas 22 tahun berkahwin.

Anak mana yang ingin mendoakan perkara buruk buat bapanya. Harapnya selepas ini, Zainol tidak lagi menyembunyikan isterinya dan sekurang-kurangnya kenalkan wanita itu kepada anak-anaknya.

Sumber Berita : Harian Metro

June 22nd, 2016

Semalam ada gosip bertiup kencang yang mengatakan bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson telah berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan anak-anaknya. Malah, foto pernikahannya itu turut tersebar luas di Internet.

Walaubagaimanapun, Zainol menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan dan menjelaskan foto tersebut adalah babak lakonan beliau didalam drama Dia Semanis Honey Raya.

Namun, keadaan hari ini menjadi lebih hangat apabila bekas suami wanita yang dikaitkan dengan Zainol itu membuat pendedahan bahawa bekas isterinya itu sememangnya sudah mendirikan rumah tangga bersama Zainol.

Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Rizal itu memberitahu Zainol dan bekas isterinya bernikah pada hari Ahad lepas di Kangar, Perlis. Rizal juga mengesahkan wanita didalam foto yang telah tersebar itu adalah bekas isterinya.

Buat Rizal, Zainol adalah seorang lelaki yang pengecut kerana tidak berani untuk menceritakan perkara sebenar dan mempersoalkan sampai bila beliau akan hidup dalam penipuan.

Benar… wanita dalam gambar berkenaan adalah bekas isteri saya dan mereka telah pun berkahwin pada Ahad lalu di kawasan kampung ini juga. Saya dapat tahu pun daripada penduduk kampung lain dan cerita mengenai pernikahan mereka cepat tersebar.

Kenyataan Zainol menafikan perkahwinan tersebut menunjukkan dia seorang penakut untuk mengakui kebenaran tetapi sampai bila dia ingin menipu?.

Rizal juga pada masa yang sama akui perpisahan beliau dan bekas isteri ada kaitannya dengan Zainol.

Setelah berusaha pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangganya termasuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam, Rizal terpaksa akur bercerai dengan isterinya selepas semua usahanya gagal.

Sudah pelbagai cara saya berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga saya termasuklah berjumpa pengamal perubatan Islam namun gagal sehinggalah saya mengalah dah terpaksa menceraikan isteri saya pada Januari lalu

Pada masa yang sama, Rizal turut melahirkan rasa kecewa terhadap Zainol yang mahu menagih simpati orang ramai kerana enggan mengaku perkahwinannya namun berdoa agar beliau diberi petunjuk Allah. Rizal juga tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas isterinya tetapi merasa kasihan dengan perkahwinan tersebut.

Hmmmph, kalau dah kahwin buat apa hendak sembunyi lagi. Ada apa-apa perkara yang Zainol tidak mahu orang lain tahu ke?  Sekarang bekas suami isterinya telah mendedahkan perkara sebenar, kita tunggu apa pula kenyataan Zainol selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online