June 9th, 2016

Umum mengetahui Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang dan bersempena dengan ulangtahun perkahwinannya beberapa hari lepas, isterinya Afifah telah membuat satu kejutan buat suami tercinta.

Alangkah terkejutnya Ajak apabila membuka bonet keretanya  dan melihat hadiah yang diberikan oleh isterinya iaitu sepasang kasut Air Jordan.

Malah, Afifah juga turut memuat naik video reaksi terkejut Ajak beserta ucapan sweet di akaun Instagram miliknya.

 

Wah, bukan main sweet lagikan Ajak Shiro dengan isterinya. Kami doakan perkahwinan mereka berdua kekal sehingga jannah!

Sumber Berita : Astro Gempak

October 14th, 2015

Isteri mana yang tidak mengimpikan seorang suami yang bertanggungjawab serta tetap memberikan kasih sayang kepada mereka dan anak-anak meskipun suaminya sering sibuk dengan kerjayanya.

Membaca kisah pengorbanan Ajak Shiro yang dikongsikan oleh isterinya Afifah menerusi akaun Instagram miliknya membuatkan hati ini tersentuh akan sifat penyayang Ajak yang bukan  sekadar di bibir sahaja.

Menurut Afifah, jika Ajak berada dirumah hampir semua kerja berkaitan urusan rumah tanggn  ingin dilakukannya sendiri seperti memasak, jaga anak dan lain-lain.

Berikut adalah luahan penuh mengenai pengorbanan Ajak :-

Nie citer semalam… Susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi. Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat..tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet..kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah.

Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba. Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah…terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini.

Apa yang dilakukan oleh Ajak Shiro ini benar-benar melambangkan beliau sebagai seorang suami dan bapa yang mithali. Lelaki seperti ini memang susah hendak di cari zaman sekarang, untung Afifah dapat suami seperti Ajak. Kami doakan rumah tangga anda akan lebih diberkati dan dipenuhi kasih sayang.

May 20th, 2015

Nadia Soffea adalah anak ketiga hasil perkongsian hidup Ajak Shiro dan isterinya. Comel sangat-sangat si puteri yang telah dilahirkan pada 25 Mac 2015 ini. Geram plak tengok. Kini kehidupan Ajak dan isteri dilengkapi dengan 3 orang cahaya mata. Semuanya hensem-hensem dan cantik belaka. Tentu Ajak dan isteri seronok menghadap keletah anak-anak mereka.

nadia soffea ajak shiro

Seronok Abang Nara melihat gambar Ajak Shiro sekeluarga. Semoga kebahagiaan yang dikecapi kekal sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.

nadia soffea ajak shiro

Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar ThePhotolicious.

nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro
nadia soffea ajak shiro

March 2nd, 2015

Populariti kumpulan Shiro dan ahlinya Ajak tidak dapat disangkal lagi. Pelawak pada masa kini tidak semua yang hidup susah bukan? Tetapi baru-baru ini, Ajak dikatakan sudah lupa diri apabila lama tidak pulang ke kampung halamannya.

Gosip tersebut tersebar di dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan dimana saudara terdekat Ajak telah berkecil hati kerana pelawak itu jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung.

Mengakui sibuk dengan jadual seninya, Ajak memberitahu beliau ada pulang ke kampung dan menjenguk sanak saudara di sana jika mempunyai masa terluang.

Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka.

Ajak yang tidak pasti siapakah saudara beliau yang telah meluahkan rasa hati di akhbar tersebut menyifatkan gosip berkenaan sebagai satu peringatan buat dirinya.

Alahai, siapa pula yang berkecil hati dengan Ajak Shiro? Jadual seseorang artsi itu tidak dapat dijangkakan, kadang-kala ada sahaja tawaran yang tiba secara mendadak. Jangan risau, kami pasti Ajak Shiro masih ingat akan asal usulnya.

Sumber Berita: mStar Online