February 10th, 2019

Pelbagai cerita, ragam dan kontroversi tercetus minggu ini, seperti biasa kami sebagai portal hiburan sensasi akan memaparkan senarai gosip dan kontroversi paling hangat.

Fokus kali ini lebih kepada isu seorang pelakon wanita membuka tudung selepas lima tahun berhijab dan seorang penyanyi yang kononnya ‘kantoi’ dengan foto-foto panas bermesra dengan seorang gadis misteri, semuanya terjadi selepas penyanyi itu semakin popular apabila membuat persembahan epik di sebuah anugerah berprestij baru-baru ini.

Untuk ketahui gosip dan kontroversi lain, jom baca entri ini sepenuhnya. Layan..

1) EMMA MAEMBONG AKUI SUDAH BUKA TUDUNG, IMAN TIDAK KUAT

Selepas hampir lima tahun berhijab, pelakon Emma Maembong mengesahkan dirinya sudah tidak bertudung. Bagaimanapun, Emma menafikan tindakan tersebut dibuat berikutan terkesan dengan kontroversi gambar panas membabitkan dirinya yang viral baru-baru ini. Sebaliknya, beliau sukar untuk terus istiqamah kerana tertekan dikecam netizen.

BACA : Iman Tidak Kuat, Emma Maembong Sah Buka Tudung

2) PENTAS MACAM PELAMIN KAHWIN, SUFIAN SUHAIMI NAFI SINDIR BEKAS TUNANG

Menggunakan hiasan pelamin indah sebagai salah satu prop di persembahan AJL 33, ramai yang mengatakan ia seakan sama dengan pelamin perkahwinan Elfira Loy. Namun, Sufian menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan lampu ‘chandelier’ dan pelamin putih yang digunakan hanyalah untuk menzahirkan penceritaan kesedihan lagu Di Matamu.

BACA : Sufian Suhaimi Nafi Tiru Pelamin Elfira, Tidak Sindir Sesiapa

3) NETIZEN TERKEJUT IMEJ FATHIA LATIFF SEMAKIN SELEKEH

Perbezaan raut wajah Fathia dimana matanya kini lebam dan tampak agak selekeh membuatkan netizen terkejut. Pelakon ini semakin hilang ‘sinar’nya. Rata-rata netizen merindui Fathia yang dahulu, sering tampil cantik dan anggun.

BACA :  Muat Naik Foto Terbaru, Netizen Terkejut Imej Selekeh Fathia Latiff

4) FOTO MESRA SUFIAN SUHAIMI BERSAMA GADIS MISTERI TERSEBAR

Sejak memenangi Persembahan Terbaik di AJL 33 pelbagai gosip panas mengaitkan nama Sufian Suhaimi mula tersebar.

Menerusi laman sosial Twitter, satu demi satu pendedahan mengenai kemesraan lelaki mirip Sufian bersama seorang gadis di muat naik. Tentunya ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga ada yang mendakwa penyanyi itu seorang ‘playboy’.

BACA : Sufian Suhaimi Sudah Ada Kekasih Baru, Foto Dan Video Mesra Tersebar?

5) SAJAT BUKA AKAUN IG BARU, NUR SAJADIAH WANITA PALING SEKSI

Tidak putus asa untuk terus aktif di media sosial meskipun dikecam, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat membuka akaun Instagram baru dengan nama Nur Sajadiah Wanita Paling Seksi selepas akaun Instagramnya dipadam.

BACA :Sajat Buka Akaun Instagram Baru, Kali Ini Guna Nama Nur Sajadiah

February 8th, 2019

Masih lagi mengenai isu tindakan Emma Maembong membuka tudung, kali ini bapanya, Ismail Embong pula membuat kenyataan secara umum agar kaum wanita menjauhi seorang lelaki yang hanya sekadar ingin membuka aib dan menjatuhkan maruah seorang wanita.

Katanya lagi, lelaki yang membuka aib seorang wanita adalah manusia bertopengkan iblis yang hanya ingin memecah belahkan umat Islam dan keluarga.

Pesanan penuh maksud mendalam dan mungkin agak sinis itu menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen. Namun, tidak dapat dipastikan status itu ditujukan kepada mana-mana pihak.

Bila seorang ayah sudah berkata-kata pastinya ia membawa pelbagai maksud dan tidak mustahil ini mungkin luahan hatinya mengenai kontroversi yang sedang melanda anak perempuannya itu.  Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini.

August 12th, 2016

Pelukis terkenal yang juga bapa kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong cedera ditetak selepas rumahnya disamun semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata kejadian berkenaan berlaku pada jam 4 petang semalam dimana Ismail ketika itu duduk berseorangan di rumah sebelum didatangi empat orang lelaki bersenjatakan parang.

Ismail cuba untuk melawan penyamun berkenaan dan berlaku pergelutan sehingga beliau cedera.

Suspek terus meminta barangan berharga dan mangsa telah menyerahkan wang dan cuba melawan sehingga bergelut.

Berikutan pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan kerana ditetak lalu melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan.

Menurut Emma pula, bapanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala,jari dan siku. Emma meminta agar orang rmaai mendoakan yang terbaik buat ayahnya.

Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga.

Kes disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Sumber Berita : mStar Online / BH ONLINE

January 21st, 2015

Amboi, amboi, amboi. Macam The Kardashians la pulak kalau rancangan realiti untuk keluarga Maembong ini berjalan seperti yang dirancangkan. Memang bijak sangat pemilihan yang dilakukan oleh stesen tv. Keluarga Maembong memang dikenali ramai terutamanya Emma, Chacha, Shikin dan Yaya. Untuk makluman, adik beradik keluarga Maembong ini ada 11 orang kesemuanya. Fuh, memang meriah kalau nak buat rakaman nanti.

Daripada apa yang diura-urakan, nama rancangan realiti ini sekiranya bakal dipertontonkan ialah The Maembongs. Namun ini semua masih dalam perancangan dan perangkaan. Tak tahu jadi lagi ke tak. Kalau betul-betul jadi kenyataan, Abang Nara harap ayah mereka iaitu Ismail Embong akan turut sama terlibat. Menarik juga kalau lihat perwatakan Ismail Embong yang kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan anak-anaknya.

Paling penting, jangan lupa rakamkan kehebatan The Maembongs melukis terutamanya Emma Maembong. Bakat seni yang mengalir di dalam darah mereka harus dipertontonkan. Fuh~~ Tiba-tiba Abang Nara rasa tak sabar dan berdoa agar program realiti ini menjadi kenyataan. Barulah dapat up close and personal dengan The Maembongs. Mesti kebabom punya. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Kosmo.