January 8th, 2018

Selepas dikritik dan dilabel sebagai pelakon sampah kerana mempersenda Nabi Muhammad S.AW. dengan gelaran Che Mat,  Iqram Dinzly tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan isu berkenaan.

Jelas Iqram beliau tidak berniat untuk menghina Rasulullah dan apa yang berlaku berpunca akibat rasa gementar muncul dalam program yang disiarkan secara langsung dan kurang tidur serta tidak sedar dengan apa yang dikatakan.

Terdahulu, Iqram menerusi rancangan Melodi ketika ditanya mengenai siapakah gurunya memberitahu salah seorang guru beliau adalah Che Mat merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.  Netizen berang dengan kata-kata Iqram kerana tidak menghormati Rasulullah dan seorang Ustaz juga meminta agar pihak JAKIM mengambil tindakan terhadap aktor tersebut.

Sumber Berita & Video : Facebook Sinar Harian