June 6th, 2016

Sudah dua tahun bergelar janda, pelakon yang sentiasa tampak awet muda dan seperti seorang remaja, Sari Yanti belum lagi bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi.

Buat masa sekarang, fokus Sari Yanti adalah untuk membesarkan dua orang anak lelakinya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi sebelum bercerai pada 11 Disember 2014.

Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula.

Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti.

Namun Sari Yanti akui, ada ketika hatinya merasa sunyi  serta memerlukan kasih sayang seorang lelaki. Malah beliau pernah terfikir untuk berkahwin. Walaubagaimanapun, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT kerana tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti.

Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai. Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti.

Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

Gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya. Siapa tahu kali ini mungkin Sari Yanti akan bertemu dengan jejaka yang boleh menerima diri beliau seadanya dan menjaga anak-anaknya dengan baik? Setiap wanita pasti memerlukan kasih sayang seorang lelaki meskipun kadang –kala mereka tidak mengakuinya.

Sumber Berita : mStar Online

July 23rd, 2015

Kedatangan Syawal kali ini menandakan tahun kedua Sari Yanti menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran seorang insan bergelar suami dan mengakui terasa kosong didalam hati beraya sebagai seorang ibu tunggal.

Walaubagaimanapun, beliau merasa syukur kerana dapat mengisi kekosongan tersebut apabila pulang ke kampung halaman kerana mempunyai keluarga yang rapat dan sama-sama meraikan kedatangan Aidilfitri dengan meriah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tipu jika saya tidak rasa kelainan beraya seorang. Bagaimanapun, saya cukup bertuah kerana kekosongan yang terdetik dalam diri terisi apabila saya pulang ke kampung halaman.

Bagi saya, jika Allah halang sesuatu perkara itu, kita tidak akan menerima apa-apa. Namun, jika Allah memberi, tiada siapa yang akan halang kita untuk menerima. Ada hikmah dalam setiap perkara yang diizinkan Allah.

Sebelum ini, Sari Yanti pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Edy Casmadi pada 16 Januari 2009 dan bercerai secara tebus talak sekitar tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu  Barr Al-Aliy, 5, dan Basit Al-Haq, 3.

Kadang-kadang sebuah perpisahan itu bukanlan penghujung kepada segala-galanya, semoga selepas ini Sari Yanti dapat berjumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul sesuai buat dirinya dan dapat memberikan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak beliau.

Sumber Berita: Kosmo