April 9th, 2016

Baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan tempatan, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi didakwa sudah mula besar kepala dan tidak berdisiplin.

Hafidz dikatakan datang lewat hampir 2 jam lamanya untuk satu sesi fotografi baru-baru ini. Lebih menyakitkan hati lagi, Hafidz juga tidak merasa bersalah dan tidak memohon maaf atas kelewatannya itu.

Walaubagaimanapun, Hafidz menerusi mStar Online berkata beliau pada awalnya sudah memberitahu bahawa beliau tidak dapat hadir pada acara berkenaan atas sebab tertentu.

Enggan terus dikatakan tidak berdisiplin, Hafidz memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan beliau sebelum ini.

Pada awalnya saya memang ada hal yang tidak boleh dielakkan, saya sudah beritahu pada mereka tentang itu.

Namun saya datang juga walaupun agak terlewat, saya juga meminta maaf jika ada pihak yang terasa hati dengan kelewatan tersebut.

Erm..gosip dan kontroversi adalah perkara yang perlu dilalui untuk seseorang artis itu menjadi popular. Rileks Hafidz, jangan mudah stress.

Sumber Berita : mStar Online

February 23rd, 2016

Kalau Uqasha Senrose heroin drama Tundukkan Playboy Itu dilabelkan sebagai pelakon kayu dan kurang mendapat perhatian penonton, lain pula ceritanya buat hero drama tersebut iaitu Hafidz Roshdi.

Kini nama Hafidz mula menjadi bualan ramai lebih-lebih buat wanita diluar sana kerana mempunyai pakej yang cukup menarik. Dah la wajah tampan body pun boleh tahan sado, malah lakonan beliau juga boleh dikatakan agak baik.

Sebenarnya Hafidz ini muda lagi, baru berusia 21 tahun dan pernah menyertai pertandingan Hero Remaja seangkatan dengan Fattah Amin, Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle bagi musim 2011/2012.

Hafidz kini sedang menuntut di Open University Malaysia  dan pernah berlakon dalam beberapa drama lain sebelum ini seperti Baby Ana Milik Siapa dan Aku Pilih Kamu.

Jom kita layan beberapa foto Hafidz Roshdi dengan membaca entri ini sepenuhnya.