January 7th, 2016

Penyanyi Elyana redha apabila doktor mengesahkan beliau keguguran anak keduanya pada usia 7 minggu didalam kandungan.

Jelas Elyana, beliau sama sekali tidak tahu sedang berbadan dua dan hanya mengetahui berita beliau hamil selepas insiden tumpah darah.

Doktor menasihati Elyana untuk membuat pemeriksaan lanjut pada hari Jumaat ini bagi memastikan tiada bayi diluar rahim beliau. Malah, Elyana juga harus menjalani tempoh berpantang untuk memastikan rahim beliau kembali pulih.

Umum mengetahui karakter saya yang kasar dan lasak, oleh itu saya terkejut ketika tumpah darah semalam kerana sama sekali tidak tahu sedang hamil tujuh minggu. Doktor menjelaskan saya keguguran.

Namun, saya perlu membuat rawatan susulan bagi memastikan tiada bayi luar rahim. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya boleh menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional bagi memulihkan kembali rahim.

Buat masa ini, saya menjalani rutin harian seperti biasa. Ada juga sesekali terasa sakit dan saya berehat seketika sehingga rasa itu hilang. Mengenali diri saya yang lasak ini, memang susah untuk duduk berehat di rumah

Apa yang berlaku tidak mematahkan usaha Elyana untuk mendapatkan cahaya mata lagi dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Kehamilan ini kadang-kadang sukar untuk kita tahu jika tidak mengalami tanda-tanda seperti muntah ataupun alahan. Meskipun  ada juga perasaan sedih, kami tahu Elyana seorang yang cukup kuat, mungkin bukan rezeki kali. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

January 6th, 2016

Takziah buat penyanyi Elyana yang baru sahaja keguguran anak keduanya yang berusia 7 minggu didalam kandungan.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Elyana menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Selamat jalan anak syurga..Tunggu bonda di sana. #7weeks #miscarriage

Elyana juga mengesahkan berita tersebut melalui portal Media Hiburan dan mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Ya betul, terima kasih. Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya.

Elyana telah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah pada 27 Ogos 2011.

Kami harap Elyana kekal tabah dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. InshaAllah, mungkin selepas ini Allah SWT akan bagi rezeki lain buat anda sekeluarga.

Sumber Berita: Media Hiburan

January 28th, 2015

Siapa yang merindui lakonan Elyana? Popular dengan drama siri berkisarkan kehidupan penuntut di universiti iaitu Dunia Baru, kini Elyana akan kembali beraksi di kaca televisyen atas dorongan suami selepas 4 tahun menyepi. Mengakui berehat seketika untuk menjaga anaknya beliau kini lebih bersemangat dalam meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata sendiri.

Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan meneruskan minat dalam bidang seni.

Suami beliau turut memberikan kerjasama untuk menjaga anak mereak Cinta Sumaiyah yang kini berusia 4 tahun jika Elyana sibuk menjalani penggambaran.

Dia pun dah besar dan pandai bercakap jadi saya tidak risau sangat kalau hendak keluar bekerja tambahan pula suami ringan tulang menjaganya.

Elyana bakal muncul dalam drama bersiri 60 episod Keluarga Karaoke yang bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam di saluran Mustika HD 134 bermula 9 Februari depan.
Sudah lama kita tidak menonton drama lakonan Elyana bukan? Untung beliau kerana mendapat seorang suami yang menyokong kerjaya isteri dan sanggup bersabar menjaga anak mereka. Inilah ciri-ciri lelaki idaman di luar sana ye dak?