Written by Bella | November 25th, 2015

Apabila berita Siti Nurhaliza hamil mula tersebar, memang tidak boleh gambarkan betapa teruja perasaan peminat beliau bahkan hampir kesemua rakyat Malaysia. Iyalah, agak lama sebenarnya kita tunggu berita gembira ini bukan?

Walaupun masih belum mengakui beliau hamil, Siti Nurhaliza berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan akan mengumukan berita gembira itu sendiri bila sampai masanya nanti.

Namun, ada juga segelintir manusia yang kurang senang dengan tindakan Siti Nurhaliza dan telah meluahkan pendapatnya itu dengan cukup biadap sekali menerusi ruangan komen di akaun Instagram milik penyanyi itu.

Apa yang membuat kami merasa kagum ialah jawapan balas Siti Nurhaliza terhadap individu tersebut memang cukup “halus” bak kata Sharnaaz Ahmad. Kata orang memang “deep” habis lah kalau beliau baca.

Bagaimana pula pendapat anda? Win habis kan komen Siti Nurhaliza? Hehe..Itulah, bila tengok artis yang sopan dan lembut je mula nak ambil kesempatan komen pedas-pedas. Apa-apa pun tindakan yang Siti Nurhaliza ambil kami doakan yang terbaik buat dirinya. Tidak apa, sabar sikit pasti beliau akan tampil jua menjelaskan hal sebenar.

Sumber Berita: Instagram Siti Nurhaliza

Written by AbangNara | December 27th, 2013

Seronoknya melihat kemesraan dan keromantikan pasangan suami isteri, Siti Nurhaliza dan Datuk K. Walaupun sudah lama berkahwin, masih nampak seperti pengantin baru. Inilah yang kita mahukan. Sememangnya bercuti bersama keluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

siti dan datuk k cuti phuket

Percutian Datuk Siti ke Phuket ini turut ditemani oleh anak-anak tirinya. Seronok Abang Nara melihat aksi mereka bermain jet ski. Nampak macam profesional. Abang Nara bab-bab air ini cuak sikit kerana pernah melalui pengalaman lemas satu ketika dahulu. Hehehe.

siti dan datuk k cuti phuket

Semoga percutian keluarga Datuk Siti dan Datuk K ini meninggalkan memori indah buat mereka semua. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
doublestemcellP.S: Double Stemcell adalah satu produk yang sedang hangat di pasaran. Salah seorang penggunanya tak lain tak bukan ialah Datin Umie Aida. Patutlah nampak cantik berseri-seri je. Produknya memang berkualiti, harga berpatutan dan jenama yang semakin dipercayai ramai. Layari Facebook DoubleStemCell untuk mengetahui informasi lanjut mengenai produk yang awesome ini.