March 12th, 2020

Beberapa bulan lalu, kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah cukup hangat diperkatakan dan sehingga kini status jantinanya masih menjadi pertanyaan ramai.

pu amin sajat

Selepas pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ramai mempunyai harapan tinggi agar beliau dapat menyelesaikan isu identiti Sajat yang kini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah Amin juga berharap Dr Zulkifli boleh menyelesaikan kemelut identiti usahawan kosmetik tersebut agar tidak membiarkannya terus berani mempersendakan agama Islam.

pu amin menteri agama isu identiti sajat

Sebelum ini, dalam satu kenyataan sebelum ini Dr ZulkifliĀ  mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki, namun sukar untuk mendapat pengakuan rasmi daripada empunya badan.

pu amin isu sajat pu amin menteri agama isu identiti sajat pu amin menteri agama isu identiti sajat pu amin menteri agama isu identiti sajat

Terdahulu, Sajat berkata dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identitinya dengan pihak berkuasa, bagaimanapun alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi. Malah, dia turut mendakwa pihak JAKIM tidak membantunya dengan memberi panduan yang betul dalam urusan pemeriksaan perubatan berkaitan isu identiti diri.

July 26th, 2017

Nama Nur Sajat sejak kebelakangan ini memang cukup popular. Baru-baru ini, telah tersebar beberapa keping gambar yang dikatakan menunjukkan nama sebenar Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenar wanita itu. Spekulasi ini baru sahaja berlaku sehingga Sajat menganggap ia adalah kerana ada pihak yang cemburu dengan kejayaan di dalam perniagaan bidang kosmetik.
sajatSecara teorinya, sudah pasti ramai yang cemburu dengan Nur Sajat. Dah lah cantik, kaya, berjaya, popular dan menjadi tumpuan ramai. Adatlah dalam dunia ini, bila kita berada di atas, pasti ramai yang nak jatuhkan kita. Namun Sajat tidak terkesan dengan kecemburuan ini. Kata Sajat:-

Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya. Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?

Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri dan terus menjadi lebih baik, manakala yang negatif saya jadikan teladan untuk berhati-hati.

Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Apapun, semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya

sajat

Semoga Sajat tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebegini. Pedulikanlah kata-kata orang. Yang penting kita tahu realiti dan fakta sebenar. Biasalah mereka yang cemburu ini memang ada di mana-mana. Semoga Sajat terus fokus dengan perniagaannya dan tidak memikirkan sangat pertikaian orang ramai tentang jantinannya. Sumber Berita Harian.