July 3rd, 2013

Bila bercinta, sememangnya akan ada perubahan. Lebih-lebih lagi kalau bercinta dengan kawan baik. Biasalah tue, kalau berkawan memang boleh tunjuk perangai gila-gila. Kalau dah bercinta, kenalah cover dan jadi romantik sikit. Agaknya itu yang terjadi pada Nabila Huda dan Nas-T.

nabila huda dan nas-tHubungan mereka berdua sudah putus di tengah jalan. Menurut Nabila, apabila hanya berkawan dengan Nas-T, itu lebih menggembirakan bagi dirinya. Kata Nabila kepada Mstar Online:-

Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya. Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan ‘gila-gila’ seperti waktu kami berkawan. Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula

nabila huda

Agak sukar juga untuk menjadi kawan semula selepas bercinta. Pasti akan ada rasa kekok. Apa pun Nabila buat masa ini enggan bercinta dan mahu menumpukan perhatian kepada anak dan kerjayanya. Kata Nabila:-

Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja. Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan

Diharap kali ini Nabila betul-betul memberikan tumpuan kepada dirinya, anak dan kerjaya. Jangan tup-tup lepas ini dah ada kekasih baru pulak. Bagi masa kepada diri sendiri untuk merenung punca kegagalan percintaan anda. Abang Nara rasa at least kena setahun dua juga Nabila hidup solo. Lepas itu kalau nak bercinta, bercintalah. Tak gitu?
azaleaP.S: Kaum Adam pun kena ambil tahu dan jaga kesihatan juga. Lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin. Apa kata cuba Deniz Cafe Premix Coffee yang mengandungi herba Tongkat Ali ini? Boleh meningkatkan tenaga, bantu masalah saluran kencing dan macam-macam lagi. Layari www.azaleadenaturale.com sekarang juga untuk informasi lanjut.

June 27th, 2013

Selaku seorang ayah kepada pelakon popular Nabila Huda, sudah tentu sedikit sebanyak merasai tekanan apabila kisah cinta anaknya itu seringkali mendapat tumpuan masyarakat. Terbaru dikatakan hubungan Nabila Huda dan Nas-T sudah pun berakhir. Ada desas-desus mengatakan Amy Search adalah punca keretakan perhubungan mereka.

amy search

Namun begitu, ditemui oleh portal Murai, Amy Search menafikan yang dirinya menjadi penghalang percintaan anaknya. Kata Amy:-

Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri. Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya. Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya

nabila huda

Hmmmm. Nampak gayanya permasalahan yang timbul dalam hubungan Nabila Huda dan Nas-T berpunca daripada diri masing-masing. Semenjak dua ini memang jarang Nabila berkongsi gambar mesranya bersama Nas-T. Adakah hubungan mereka memang sudah pecah berderai? Hanya Nabila yang tahu. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Mazda lancarkan generasi serba baharu Mazda 3 2014