Written by Irsa | November 29th, 2019

Pejam celik pejam celik, kita sudah hampir ke penghujung tahun 2019. Pantas sungguh masa berlalu. Amcam tahun 2019 anda? Banyak tak benda-benda best yang telah berjaya dilakukan? Atau 2019 anda hambar sepanjang tahun?

Ha, kalau anda ingin meninggalkan 2019 dengan beberapa memori indah, masih sempat lagi untuk anda berbuat demikian. Masih ada lebih kurang 1 bulan lagi untuk anda melakukan beberapa aktiviti BESAR yang pasti akan membuatkan tahun 2019 anda lebih bermakna. Kalau anda “blur”, jangan risau sebab kami ada senaraikan beberapa aktiviti BEST yang boleh anda cuba. Antaranya:-

1. Bungee jumping

huawei y9 series

Gilakan adrenalin? Sukakan cabaran? Cubalah bungee jumping. Jantung anda pasti akan berdegup kencang apabila melakukan terjunan sambil melihat pemandangan daripada atas platform bungee jumping. Silap-silap boleh ketagih dibuatnya.

2. Gelongsor air TERPANJANG di dunia

Tahukah anda bahawa gelongsor air terpanjang di dunia kini terletak di Pulau Pinang. Dengan ketinggian sebanyak 70 meter, anda akan menggelongsor sejauh 1,140 meter sambil melihat keindahan hutan, flora fauna dan juga jambatan. Memang berdebar dibuatnya.

3. Panjat gunung Kinabalu

huawei y9 series

Memanjat gunung Kinabalu sehingga ke kemuncaknya bukanlah satu perkara yang mudah. Namun sekiranya anda berjaya, ia pasti akan menjadi salah satu pencapaian yang paling BESAR dalam hidup anda. Segala cabaran, memori dan hubungan yang tercipta semasa pendakian itu pasti akan menjadi kenangan seumur hidup. Tapi pastikan anda melakukan latihan terlebih dahulu kerana pendakian ini memerlukan stamina yang tinggi.

Ini hanya 3 cadangan daripada kami untuk anda menamatkan tahun 2019 dengan gah. Apa jua yang anda pilih untuk lakukan, jangan lupa untuk mengabadikan segala kenangan dan memori agar anda boleh melihat detik-detik itu kembali. Untuk merakamkan pengembaraaan tersebut, kami cadangkan Huawei Y9 Series yang cukup BESAR untuk seiring dan selangkah dengan plan BESAR anda.

huawei y9 series