October 23rd, 2009

xpax hotlink

Yang kat atas tue kami dah pernah ceritakan satu ketika dahulu. Memang ada perbezaan dari segi harga dan juga plan seperti di atas. Tapi carik punya carik, kami dah jumpa beberapa perbezaan lain antara Xpax Blackberry dan Telco H Blackberry. Jadi terpulang kepada anda untuk tentukan yang mana lebih berbaloi-baloi.

  • Kalau korang dah ada Blackberry tapi korang tak guna Telco H ataupun Xpax dan tiba-tiba korang rasa nak guna Telco H ataupun Xpax untuk pakej Blackberry korang. Tahukah anda yang Telco H tak benarkan anda gunakan pakej mereka jika korang tak beli Blackberry tue daripada diorang? Tapi dengan Xpax, tak kisah sama ada Blackberry tue korang beli kat mana-mana pun, tetap boleh guna pakej yang ditawarkan. Menarik kan?
  • Cuba tengok plan kat atas tue betul-betul. Kalau korang beli Blackberry Curve 8520, Xpax ada tawarkan 2 plan iaitu RM1 sehari atau RM2.50 sehari. Kalau untuk Telco H pulak cuma ada RM28 seminggu punya plan. So cuba korang buat kira-kira sikit tengok yang mana lebih murah.
  • Kalau Xpax punya plan penggunaan adalah UNLIMITED, untuk Telco H nie plak ada limit sampai 100MB. Kalau lebih, anda kena bayar sendiri walaupun dah amik plan mingguan RM28 tue. Dah dapat agak kan yang mana lebih elok?
  • Ramai yang tak faham pasal harga RM899 Telco H nie. Anda sebenarnya kena bayar RM899 + RM300 untuk charge penggunaan selama 12 bulan. Tapi yang RM300 ini akan direbate sebanyak RM25 sebulan selama 12 bulan HANYA JIKA anda subscribe untuk Telco H Blackberry Internet Service selama 12 bulan berturut-turut. Kalau tak maknanya, RM300 anda melayang dan anda sebenarnya terpaksa bayar RM1199 untuk beli phone tue jer.

Faham tak perbezaan yang kami tulis nie? Kalau tak faham lagi leh layari http://xpax.com.my/blackberry untuk maklumat lanjut. Boleh tinggalkan komen dan kami akan cuba jawap setermampu boleh.

P.S: Cuba teka apakah Telco H itu?