Written by AbangNara | August 7th, 2017

Amboi. Daring betul peminat-peminat wanita Hisyam Hamid ini. Mentang-mentanglah Hisyam Hamid hensem, gagah dan macho. Sampai ada yang sanggup untuk bermadu. Ish,ish,ish. Tak baik tau cuba merosakkan rumahtangga orang. Minat tue minatlah jugak, janganlah sampai cuba menjadi orang ketiga dalam perkahwinan para pelakon kita. Tak gitu?

hisyam hamid
Bahagia di samping isteri tercinta dan 2 orang anaknya, Hisyam Hamid menganggap semua ini adalah ujian kepadanya. Kata Hisyam:-

Tidak dinafikan ada yang berani menyatakan sedia bermadu dan meluahkan perkara itu di ruang mesej di laman sosial. Kadang-kala saya tidak pasti apakah ia sekadar gurauan atau mereka benar-benar maksudkan?

Namun, terbabit dalam bidang ini, saya anggap godaan itu sebagai ujian, selain berusaha menetapkan iman agar tidak tergelincir. Paling utama adalah nawaitu kerana saya bekerja demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak.

Masa saya banyak dihabiskan untuk bekerja dan bersama keluarga. Saya mohon dijauhkan daripada semua itu

hisyam hamid

Alhamdulillah. Walaupun sudah berjaya dan popular, Hisyam Hamid tidak lupa akan segala pengorbanan isteri dan anak-anaknya. Hisyam tidak hanyut dengan kepopularitian yang diterimanya. Diharap pelakon-pelakon lelaki di luar sana mencontohi sikap Hisyam Hamid ini. Semoga terus istiqamah dan terus meletakkan keluarga sebagai nombor 1 di dalam hidup anda. Good job Hisyam Hamid. Sumber Berita Harian.

Written by Bella | February 11th, 2015

Siapa yang tidak kenal dengan aktor kelahiran Singapura Hisyam Hamid yang semakin mendapat nama dalam industri hiburan tanah air. Antara drama yang berjaya menaikkan nama beliau adalah Ariana Rose dan Cinta Ibadah.

Baru-baru ini, Hisyam telah memuat naik sekeping foto di laman Instagram yang memaparkan isteri tercinta Mel sudah mengenakan tudung. Pelbagai reaksi daripada peminat selain mendoakan agar perubahan isteri beliau kekal dan memuji kemanisan wajah beliau dengan penampilan terbaru.
Mel dalam satu kenyataan media berkata, perubahan tersebut lahir daripada hatinya sendiri dan bukan atas paksaan sesiapa pun dan Hisyam adalah orang yang paling gembira dengan penghijarahan beliau.

Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah.  Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya.

Alhamdullilah, nampaknya seorang lagi hamba Allah telah terbuka hatinya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mel.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by AbangNara | January 6th, 2015

Selepas persembahan Ifa Raziah di konsert akhir Gegar Vaganza, Datuk Rosyam Nor telah bertanggungjawab memberikan komen kepada penyanyi tersebut. Komen yang diberikan mendapat pujian dan sokongan daripada orang ramai yang kurang menggemari aksi yang ditonjolkan oleh Ifa Raziah dan Hisyam Hamid. Namun Ifa Raziah sempat memaklumkan yang itu semua hanyalah lakonan semata-mata dan mereka berdua telah mendapat kebenaran daripada suami/isteri masing-masing. Antara isipati komen Rosyam Nor ialah aksi yang ditunjukkan tidak sesuai untuk tontonan ramai.

rosyam nor dan ifa raziah

Enggan berdiam diri apabila dikritik sebegitu rupa, Ifa Raziah menerusi Berita Harian telah mengeluarkan kata-kata yang amat pedas sekali buat Datuk Rosyam Nor. Kata Ifa:-

Dia (Rosyam) cakap persembahan saya tak sesuai untuk tontonan umum. Habis itu selama ini dia jadi pelakon… takkan tak pernah pegang tangan heroin dia.

Kalau dia cakap tak sesuai, lebih baik dia jangan berlakon. Apa yang saya lakukan hanya sekadar seni lakonan.

Apa yang saya dan Hisyam lakukan atas paksi profesional. Malah kalau nak dibandingkan ada persembahan lain di anugerah tertentu lebih daring daripada apa yang saya lakukan.

Saya bukan nak menggatal, meraba dan bercumbu dengannya pun. Saya dan Hisyam saling menghormati kerja kami. Saya sendiri pun seorang pelakon.

rosyam nor dan ifa raziah

Fuh~~~ Agaknya apakah reaksi yang akan ditunjukkan oleh Datuk Rosyam Nor selepas membaca kata-kata Ifa Raziah ini? Bila difikir balik ada juga betulnya kata Ifa ini kan? Sama-samalah kita nantikan. Apa pula pendapat anda?
misclaire P.S: Tampil bergaya di tempat kerja dengan Kathryn Cotton Blazer daripada MisClaire ini. Saiz sehingga 6XL ada disediakan untuk mendapatkan blazer yang amat selesa dan strechable ini. Jangan lupa untuk memasukkan voucher ‘KATI69” untuk mendapatkan blazer ini dan baju tanpa lengan pada harga HANYA RM29 sahaja. Layari www.misclaire.com, Instagram MisClaire dan juga Facebook MisClaire untuk melihat lebih banyak koleksi pakaian yang sangat awesome.

Written by AbangNara | January 6th, 2015

Akhirnya setelah menonton kembali persembahannya pada konsert akhir Gegar Vaganza menerusi YouTube, Ifa Raziah telah tampil memohon maaf atas kesilapan yang berlaku pada malam itu. Rupa-rupanya ada kesilapan yang berlaku ketika aksinya bersama Hisyam Hamid. Malam itu juga menyaksikan Ifa Raziah hilang fokus kerana masalah teknikal dan juga ubat-ubatan yang dimakan olehnya. Sedih pula Abang Nara membaca tulisan Ifa Raziah.

ifa raziah mohon maaf

Terang Ifa Raziah menerusi akaun Instagramnya:-

Ifa baru tgk persembahan Ifa di Youtube pkl 12 mlm tadi. Terdapat sedikit kesilapan dalam step tarian yg dilakukan. Ifa sepatutnya habiskan nyayian, angkat kaki & jatuhkan badan ( ending tarian ). Tapi Ifa dah tersilap, nyanyian belum habis lagi, kaki dah naik dulu…tak sengaja. Jadi terpaksalah habiskan nyanyian, baru jatuhkan badan.

Kami hanya sempat practise dibilik make up, sebelum persembahan bermula, akibat kesuntukan masa. Ifa sebenarnya dah tak ingat & hilang fokus, disebabkan masalah teknikal yg menimpa Ifa sebanyak 2 kali. Semangat Ifa dah runtuh ketika itu. Dan mungkin juga kesan dari ubat2 yg Ifa makan sebelum persembahan. Ubat batuk sahaja ada 3 jenis, Antibiotic lagi, ubat selsema, inhaler dll. Tekanan menunggu diatas pentas hampir 10 minit…

Diburukkan lagi dengan terhidu asap dari bunga api…Ifa sesak nafas ketika itu dan hampir batuk. Semua faktor ini telah membuatkan Ifa huru hara diatas pentas. Ifa telah cuba mengawal emosi sebaik mungkin, tetapi akhirnya…kaki naik secara luar kawalan. Mungkin semua ini tak disedari oleh Juri yang sangat professional…yang mengatakan Ifa terjerit2 ketika menyanyi??? Wow hebat…(selepas ini harap tidak akan ada lagi adegan berpeluk2 antara hero & heroin di filem atau drama untuk tontonan umum)…

Ifa ingin mengucapkan terima kasih kepada @hisyamhamid7 kerana lakonan yang sangat baik dan sikap yg professional. Jadi Ifa nak memohon maaf atas kesilapan yg berlaku. Dan Ifa harap semua faham tekanan yang Ifa hadapi ketika itu…Mohon Maaf Dipinta

ifa raziah mohon maaf

Tahniah kepada Ifa Raziah kerana sanggup mengakui kesalahannya. Bukan senang nak buat persembahan secara ‘live’ lebih-lebih di bawah pengaruh ubat. Tidak semestinya apa yang dirancang menjadi. Itulah adat dan asam garam dunia seni. Semoga ia menjadi pengajaran buat Ifa Raziah dan juga para penyanyi di luar sana. Apa yang dapat Abang Nara simpulkan ialah penonton-penonton Malaysia sekarang dah tak berapa gemar aksi-aksi berpeluk dan kurang sopan ini. Mereka lebih pentingkan kualiti nyanyian berbanding perkara tersebut. Tak gitu?

ifa raziah mohon maaf

P.S: Cantik-cantik, manis-manis dan menawan-nawan sungguh jubah Lemari Myra yang hanya dijual di FamilyNara ini. Nampak muslimah sangat-sangat. Pasti sang suami akan gembira dengan penampilan anda di dalam jubah Lemari Myra ini. Dapatkannya sekarang di www.familynara.com. Tengah ada sales sekarang ini. Sila pantas!!!