October 4th, 2019

Untuk pengetahuan anda, Mentor Milenia 2019 akan mula ditayangkan pada 6 Oktober ini pukul 9 malam menerusi saluran TV3. Pada musim ini, lima penyanyi yang dipertanggungjawabkan menjadi mentor ialah Akim Ahmad, Black Hanifah, Hazama, Ernie Zakri dan Stacy. Selain itu, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Altimet telah dilantik sebagai juri tetap.

Yang menariknya untuk musim kali ini, salah seorang daripada 20 protege yang terpilih adalah anak kedua penggubah lagu popular, Allahyarham Johan Nawawi iaitu Muhd. Syakir Alif.

Alif mengaku gusar kerana ramai yang meletakkan harapan yang tinggi kepadanya kerana ibu dan bapanya merupakan orang seni yang berbakat besar dan dikenali ramai. Pun begitu dia berjanji akan melakukan yang terbaik.

alif johan dituduh guna cable masuk mentor

Dia juga tidak melatah apabila ditanyakan mengenai isu sama ada dia menggunakan nama ibu bapanya itu bagi mendapatkan tempat dalam program realiti ini.

Tertekan juga biarpun masih dalam kelompok 20 terbaik ramai sebenarnya sudah meletakkan harapan tinggi kepada saya kerana latar belakang saya.

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan saya terpilih kerana ‘cable’ (pengaruh arwah bapa). Ibu pula seorang penyanyi berpengalaman. Saya juga melalui proses sama seperti orang lain. Beratur, pergi ujibakat dan sebagainya.

Sebenarnya, saya rasa sangat kecil kerana mereka yang tersenarai dalam kelompok 20 terbaik ini hebat-hebat belaka. Masih terlalu awal namun saya akan melakukan yang terbaik.

alif johan nafi guna nama nora dan johan nawawi masuk mentor

Ibunya iaitu Nora juga tidak lupa untuk menitipkan nasihat kepada anak lelakinya itu supaya dapat ‘survive’ dalam industri ini.

Dia (ibu) pesan jangan terlalu layan kritikan netizen. Kena kuat kerana kecaman akan sentiasa ada tapi saya perlu belajar untuk mengendalikannya. Selain itu, ibu pesan jangan minum ais dan perlu buat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Alif juga sedar bahawa selain bakat, penampilan juga merupakan aspek yang penting jika mahu menjadi selebriti. Dia juga tidak segan untuk mendedahkan proses dietnya.

Masuk Mentor Milenia, saya perlu utamakan juga soal penampilan. Saya nekad untuk kurus. Berat dahulu 130 kilogram (kg), sekarang 96 kg. Penampilan penting untuk mendapat tempat dalam industri ini.

Kalau setakat guna ‘cable’, susah nak hidup dalam industri ini. Bakat dan usaha bersungguh-sungguh seharusnya menjadi aset untuk kekal lama sebagai seorang selebriti.

Sumber: Kosmo! Online

March 30th, 2016

Pelakon popular 80-an, Raja Ema memberitahu bahawa dia bakal bersara dari dunia hiburan kerana merancang untuk berkahwin. Berkata kepada Media Hiburan, dia juga akan memfokuskan kepada bidang perniagaan selepas berkahwin.
 photo 12407193_485616314972492_1167138799_n.jpg

Mengenai berlakon dan menyanyi ini saya tak ada komen sangat, saya rasa mahu bersara selepas berkahwin.

Sebenarnya saya merancang untuk berkahwin namun saya akan umumkan bila sampai masanya nanti. Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan.

Projek 2016 pula saya lebih menumpukan kepada perniagaan sekarang iaitu menjual produk kesihatan dan kecantikan diri.

Pada satu ketika dalam tahun 90-an, berat badan Raja Ema pernah naik dengan banyak setelah berkahwin dengan bekas suaminya, Sheqal dan melahirkan anak. Namun kini, Raja Ema sangat langsing dia berkongsi tips langsing tubuhnya itu.


 photo 11377990_1691940397735412_1433242234_n.jpg

Jika mahu dibandingkan dengan waktu dulu, rasanya umum semua tahu saya mempunyai plus size namun bagi saya sekarang sudah di fasa yang kurus.

Berat badan sekarang 67 kilogram, tapi saya mahu dapatkan target sekitar 65 kilogram pula. Untuk menurunkan berat badan semestinya saya menjaga cara pemakanan yang sihat selain mengamalkan produk sendiri.

Saya juga ada menggunakan korset untuk menjaga pemakanan harian supaya tidak terlalu makan banyak. Secara tidak langsung akan mempengaruhi penurunan berat badan dan dapat hasil sekarang.


 photo 12328415_1661547377441853_1532345095_n.jpg

Ini dikira satu keputusan drastik oleh Raja Ema memandangkan dia sudah lama menceburi dunia hiburan dan baru beberapa tahun kebelakangan ini membuat comeback. Keputusan ini sama dengan keputusan yang diambil oleh bekas suaminya Sheqal yang sudah bersara dari menjadi penyanyi. Diharap Raja Ema akan mencapai apa yang diimpikan dan semoga segalanya dipermudahkan.

Lagi testimoni terbaik dari customer seorang doktor. Kami sendiri pun tak pernah buat mac&cheese guna serbuk keju ni….

Posted by Nachos Cheese Powder on Wednesday, 16 March 2016