November 22nd, 2016

Meskipun pelakon Dira Abu Zahar dan pengarah Helmi Yusof sudah bercerai, mereka berdua nampaknya masih mengekalkan hubungan baik dan meraikan hari jadi anak Dira, Anggun  pada hujung minggu lepas.

Majlis sambutan hari jadi Anggun cukup meriah sekali dengan tema Suicide Squad.

Dira dan Helmi kelihatan cukup mesra sekali dan seakan tidak mempunyai masalah ketika majlis berkenaan berlangsung.

Berikut kami sertakan lagi foto mesra Dira, Helmi dan Anggun dengan membaca entri ini sepenuhnya.

November 18th, 2016

Sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung dan sedang menunggu keputusan mahkamah berkaitan hal penceraian beliau,  pelakon Dira Abu Zahar bagaimanapun enggan bermasam muka dengan bekas suaminya Helmi Yusof.

Dira mahu menyelesaikan segala masalah secara baik dan tidak menghalang Helmi untuk bertemu dengan anak tirinya, Anggun.

Walaupun bercerai, kami selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tiada halangan atau paksaan buatnya untuk berjumpa Anggun. Semua telah diselesaikan dalam keadaan yang baik. Anggun memang berada bawah jagaan saya.

Berbicara mengenai keruntuhan rumah tangganya, Dira enggan mendedahkan punca sebenar beliau bercerai.

Minta maaf, saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Itu adalah jalan yang terbaik dan saya tidak boleh kongsi semua perkara. Hal ini adalah untuk kebaikan semua pihak dan saya rasa ia tidak perlu disensasikan lagi memandangkan saya telah buat kenyataan tentang status saya dan dia sebelum ini. Itu sudah mencukupi.

Dira pada masa yang sama menjelaskan mengapa beliau menyembunyikan perkara berkenaan meski pun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka sudah hangat diperkatakan sebelum ini.

Sebenarnya, waktu itu memang saya sudah berbincang dengan dia (suami) untuk tidak mendedahkan apa-apa berkaitan masalah rumah tangga kami. Bagaimanapun, saya sendiri sedar bahawa saya masih memegang status sebagai selebriti. Jadi, saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi.

Pada mulanya, saya dan dia sudah sepakat untuk tidak mendedahkan hal tersebut, namun saya sedar bahawa lambat-laun orang akan tahu juga apabila kami tidak lagi tinggal bersama. Sebab itu akhirnya saya mengaku akan bercerai dengannya.

Dira dan Helmi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata bersama.

Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan Ash daripada kumpulan Bau pada tahun 2007 dan bercerai tiga tahun kemudian.  Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anggun.

Sumber Berita : Kosmo!