December 7th, 2011

Biasanya kalau anggota pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat saja yang biasa kita baca kisahnya di laman gosip. Tetapi semenjak pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda menyerlah di arena bola sepak Asia Tenggara, minat terhadap pasukan bola sepak tempatan semakin meningkat dan semakin ramai pemain mula dikenali ramai. Salah seorang daripadanya ialah Nazmi Faiz. Apa yang menarik, dalam artikel yang dikeluarkan oleh laman media Murai, Nazmi Faiz mengakui dia ialah peminat Neelofa dan sekiranya ada peluang, pastinya dia akan bertemu pelakon itu kerana Nazmi juga meminati Neelofa:-

Jujur saya katakan, saya memang tidak pernah berjumpa dengan Neelofa. Jadi, kalau saya tak pernah jumpa dengan dia, bagaimana pula saya boleh dikatakan makan malam bersamanya? Terus-terang, saya mendapat tahu diri saya dikaitkan dengan Neelofa daripada kawan saya sendiri yang juga seorang pemain bola sepak.

Selepas mendapat tahu, saya terus membaca gosip berkenaan. Walaupun saya terkejut, tergamam dan tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku, tapi ada sedikit rasa gembira kerana saya juga adalah peminat Neelofa.

Buat sementara waktu, saya tidak akan berjumpanya memandangkan saya sibuk dengan latihan dan persiapan untuk perlawanan akan datang. Pun begitu, saya tidak boleh menolak andai kata berpeluang bertemu dengan dia.

Dalam pada itu, Nazmi turut dikaitkan dengan seorang gadis yang bernama Nadia Ismael. Namun begitu, Nazmi menafikan Nadia ialah kekasihnya dan mendakwa mereka hanya berkawan:-

Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.

Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.

Sekali lagi, saya mahu menegaskan bahawa setakat ini, saya bukanlah pemain bola sepak yang dikatakan digilai selebriti tempatan. Tiada seorang artis pun cuba datang mendekati saya apatah lagi Neelofa.

Haruslah mendengar perkhabaran ini, Neelofa akan merasa gembira, tetapi Neelofa telah mengatakan yang hajatnya untuk belanja pasukan Harimau Muda makan malam terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi ini sebenarnya satu idea yang baik untuk majalah tempatan. Kalau boleh diaturkan oleh mana-mana majalah hiburan sekali pun dan gambar-gambar diambil dan dicetak di muka hadapan, kami pasti majalah boleh dijual macam pisang goreng panas. Kalau bukan Nazmi, Fakri pun boleh, kerana dia jua punya perasaan.

Larikkkkk!

***
Photobucket

November 23rd, 2011

Lambat sehari gosip ini. Neelofa Mohd Noor, yang kian terkenal waktu ini telah mencuri perhatian peminat industri seni tanah air semalam kerana kenyataannya yang mahu belanja pasukan Harimau Muda yang telah memenangi pingat emas sukan SEA makan. Peminat bola juga rupanya Neelofa ini.

Biarpun mendapat pelbagai reaksi berkenaan hajatnya itu, kami harap Neelofa akan meneruskan niatnya. Beruntunglah  anggota pasukan Harimau Muda, sudah berpenat lelah bermain mati-matian demi negara, ada pula pelakon cun mahu belanja makan. Kalau kami, sudah tentu tidak akan menolak pelawaan itu.  Sambil makan sambil tengok Neelofa.

Dalam berita lain, laman media Murai telah melaporkan mengenai Hans Isaac yang digosipkan sedang bercinta dengan Neelofa sudah mengakui mereka sedang mengenali hati budi. Hans dipetik sebagai berkata:-

Mengenali sikap saya, kalau saya benar-benar cinta, saya akan pergi dan sedaya upaya mendapatkan perempuan tersebut. Malah tidak kisah langsung dengan apa yang orang akan cakap.

Betul tu, biar la orang nak cakap apa pun kan? Yang penting happy. Kami di BeautifulNara berharap Hans akan ketemu gadis yang diimpikan itu. Orang kata, usia hanya sekadar nombor, kan? Kan? Kan?

***

Seminar Pengurusan Amalan Terbaik Badan Bukan Kerajaan (BBK) bakal dilangsungkan di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 November.


Penceramah-penceramah yang bakal berceramah ialah Norman Abdul Halim dari KRU Studios, Malaysia, Sabri Buang dari Wildlife Reserves, Singapura, Bapak Bhawika Hikmat Prasetya dari Saung Anglung Udjo, Indonesia, dan Sorana Boonbunlu dari Thailand. Program ini diadakan untuk membimbing Badan Bukan Kerajaan (BBK) agar lebih berdikari dalam usaha mendapatkan dana bagi melaksanakan aktiviti atau program persatuan tanpa bantuan sepenuhnya dari pihak Kerajaan. Maklumat lanjut, hubungi 03-20523600.