Written by AbangNara | December 23rd, 2013

Di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca BeaufulNara yang menyambutnya. Dengan pelbagai jualan murah yang berlangsung di hujung tahun ini, Abang Nara mengambil keputusan untuk menjadi Santa Claus untuk isteri tercinta. Hehehe.
santaDengan bajet RM100 sahaja, Abang Nara berjaya mendapatkan barangan di bawah yang akan dibungkus di dalam kotak hadiah yang sangat menarik.
santa

Wife Abang Nara selalu mengadu telefonnya cepat sangat habis bateri, jadi Abang Nara belikan powerbank dengan kuasa 12,000mah. Memang confirm tak ada masalah bateri habis lagi. Harga pun Cuma RM41.80. Murah kan?
santa

Abang Nara tertarik dan tergoda melihat anting-anting berbentuk bulat yang dibuat daripada tangan ini. Bukan je boleh guna di telinga tetapi boleh dijadikan rantai di leher. Paling terkejut apabila tengok harganya cuma RM2.20. Memang terus beli dan masukkan dalam kotak hadiah buat iteri tercinta. Hehe.
santa

Abang Nara menjadi romantic sedikit dengan membeli anting-anting tulisan LOVE.  Memang terbukti betapa mendalamnya kasih saying Abang Nara kepada wife tercinta. Anting-anting cantik ini hanya berharga RM1.90 namun kualitinya memang nampak mahal. Terbaik!!!
santa

Simple dan elegan sungguh anting-anting kembar berbentuk hati ini. Cuma RM3.50 sahaja. Cantik kan?
santa

Comel kan rantai yang berbentuk arnab nie? Ada 2 telinga arnab kat atas tue kalau anda perasan. Memang sesuai dengan wife Abang Nara yang kecomelannya jelas terserlah ketika menjaga anak. RM2.20 sahaja. Murah sangat-sangat.
santa

Rantai penuh gaya ini adalah salah satu feveret Abang Nara. Dengan harga RM5.99 sahaja, wife Abang Nara confirm nampak lebih stylish dengan rantai ini.. Dah kahwin dan dah ada anak pun mestilah kena pakai aksesori kan? Barulah hot mom!!!
santa

Ini adalah barangan terakhir yang mencuri hati Abang Nara. Baju ini memang nampak sempoi, tak terlalu fancy dan nampak selesa untuk wife Abang Nara pakai. Harap-harap wife Abang Nara suka. Harganya cuma 38.80 sahaja.

Kesemua barangan berjumlah RM96.39. Petang ini Abang Nara akan keluar untuk carik kotak hadiah yang cantik dan muatkan kesemuanya barangan yang dibeli ini ke dalamnya. Jumlah keseluruhan lebih kurang RM100 sahaja. Murah dan berbaloi-baloi sangat kan?

Kalau korang nak beli hadiah yang harganya berpatutan, layari www.nile.com.my. Semua barangan yang Abang Nara beli di atas ialah daripada NILE. Banyak lagi pilihan lain yang Abang Nara pasti akan memikat hati anda. Pastikan korang beli sekarang sebab diorang tengah buat jualan hujung tahun dengan diskaun yang tinggi.

santa

Apakah yang anda ingin hadiahkan buat yang tersayang sempena Krismas dan tahun ini? Tinggalkan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca BeautifulNara yang lain.