July 8th, 2013

Kalau sebelum ini kita telah melihat gambar-gambar majlis pernikahan pelakon Hani Nur Zara Harmi, anak kepada produser Julie Dahlan dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Shahbudin, apa kata kita lihat set gambar dari jurugambar rasmi RED Photography untuk majlis resepsi perkahwinan mereka di Seni Menanti, Negeri Sembilan, 6 Julai lepas.


Antara selebriti yang telah hadir untuk memeriahkan majlis ialah Datuk Yusof Haslam. Hattan juga telah membuat persembahan lagu di majlis tersebut untuk menambahkan seri majlis. Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada REDPhotography.









July 1st, 2013

Pada 29 Jun lepas, telah berlangsung majlis pernikahan anak perempuan produser Julie Dahlan yang juga seorang pelakon, Hani Nur Zara Harmi, 31, yang telah berkahwin dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33.



Majlis resepsi pasangan ini dikhabarkan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan pada 6 Julai.Turut hadir bersama di majlis pernikahan tersebut ialah Hattan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti dan diacarakan oleh diva tersohor Azwan Ali. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.










March 13th, 2009

hanny wahab pelakon drama wulan
Hanny Wahab, pelakon sinetron Wulan mati dibunuh selepas dirogol dalam rumahnya di Jakarta Barat, semalam. Mayatnya ditemui oleh anaknya yang bersiap ke sekolah, kehairanan kerana tidak menemui Hanny pada pagi tersebut. Kemaluan Hanny juga ada tanda-tanda dirogol malah terdapat tompokan air mani di’kawasan terbabit.

Anaknya, Ahmad terkejut melihat ibunya berbujur tanpa pakaian diatas katil dengan kesan luka di kepala tatkala membuka pintu bilik ibunya. Berdasarkan kenyataan Ahmad, katanya, Hanny ada di datangi tiga lelaki pada pukul 10 malam kejadian dan polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam kejadian itu.

Setakat ini masih belum ada suspek yang di’tahan.