November 4th, 2014

Sayugia tamatlah kisah cinta penuh kontroversi antara Hanez Suraya dan Romie. Bagi Abang Nara, kisah mereka berdua ini adalah kisah terhangat selebriti tempatan untuk tahun 2014. Tak ada yang boleh menandinginya. Malah ia memberi impak yang amat besar kepada Hanez kerana kerjayanya boleh dikatakan berkubur kerana kontroversi ini.

hanez dan romie

Susulan pengakuan cinta mereka sudah berakhir hari ini, Hanez melahirkan rasa redhanya dengan apa yang telah terjadi. Malah Hanez juga turut memohon agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan Romie. Kata Hanez:-

Advertisement

Keputusan untuk berpisah ini sudah lama dilakukan. Cuma hanya ketika saat ini baru saya sendiri bersedia untuk berkongsinya. Kami berpisah secara baik. Bukan nak kata serik dengan apa yang terjadi tetapi sebagai manusia biasa semua yang berlaku menjadi pengalaman berharga.

Benar cinta itu buta. Saya juga seperti manusia lain yang ingin mengejar bahagia tetapi lupa untuk menjaga perihal lain. Ini bahagian hidup saya dan saya reda dengan suratan yang tertulis. Kalau boleh andai cerita saya ditulis selepas ini, jangan kaitkan saya dengan dia lagi. Masalah rumah tangganya juga jangan babitkan saya lagi,

hanez dan romie

Pasti hati Hanez sedikit sebanyak terluka akibat perpisahan ini. Namun bagi Abang Nara ia adalah keputusan yang bijak untuk kebaikan semua pihak. Sekarang ini Hanez hanya perlu menunggu sehingga kontroversi ini luput daripada ingatan orang ramai. Selepas itu bolehlah bergiat semula dalam industri hiburan. Sementara saat itu tiba, diharap Hanez bersabar dan tabah. Sumber Berita Harian

P.S: Penjelmaan misteri dalam gambar di Thailand

Advertisement
June 23rd, 2013

Yeah ~~ Berita baik untuk jejaka-jejaka di luar sana yang sudah jatuh cinta dengan Hanez Suraya. Tuan punya badan menerusi BiPop hari ini telah mengesahkan yang percintaannya dengan Awi Rafael sudah pun berkubur. Inilah masa untuk anda masuk line!!!
hanez surayaMenurut Hanez, hubungan mereka sudah lama bermasalah. Namun Hanez enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengecewakan peminat yang menaruh harapan tinggi terhadap hubungan mereka. Kata Hanez:-

Sudah lama hubungan kami bermasalah tetapi saya dan Awi cuba sembunyikan dan berusaha menyelamatkannya. Namun lama kelamaan, saya bertanya kepada diri, sampai bila harus berpura-pura sedangkan antara kami semakin hari semakin jauh.

Mereka yang dekat juga menyedari perkara ini, malah cuba bertanya kesahihan hubungan kami. Cuma saya memilih untuk berterus terang kerana tidak mahu memburukkan sesiapa.

Advertisement

Tetapi apabila Awi terus berdiam diri, ia tidak adil buat saya yang cuba mencari jawapan dan kepastian dalam hubungan kami. Di situ saya sedar, percintaan kami sedang mendekati noktah.

hanez suraya

Apa yang membuatkan Abang Nara menghormati Hanez Suraya ialah sikapnya yang tidak akan memusuhi Awi Rafael walaupun hubungan mereka sudah berkubur. Itu satu langkah yang bijak. Mana tahu hari ini putus cinta, minggu depan tup-tup bertaut kembali. Kata Hanez lagi:-

Dia pernah hadir dalam hidup saya, malah sempat setahun bertakhta sebagai insan paling bermakna di sudut hati jadi saya hanya mengingati yang manis antara kami. Saya faham dia sedang mencari kepuasan dalam kerjaya. Cita-citanya terlalu tinggi dan barangkali berat untuk dicapai jika saya ada bersaa.

Memikirkan perjalanan kariernya yang masih panjang, jalan terbaik adalam menarik diri daripada terus menjadi beban dalam hidup Awi. Saya tidak akan memusuhinya, malah sentiasa mendoakan kejayaannya. Andai nanti apa yang diimpikannya berhasil, saya akan menjadi orang yang paling gembira.

Advertisement

awi rafael

Abang Nara pasti ramai lelaki yang sanggup menerima Hanez Suraya sebagai beban di dalam hidup mereka. Jangan lupa ambil nombor giliran untuk mengorat Hanez. Nombor boleh didapati dengan menghantar email kepada Abang Nara. Hehehe. Kepada Hanez dan Awi, semoga kehidupan “single” akan membantu anda berdua lebih berjaya di dalam kerjaya.

P.S:Gambar jerebu di Johor

Advertisement