February 10th, 2020

Tidak perlu membawa “rombongan” seakan pesta naik ke atas pentas,  penyanyi Hafiz Suip berjaya merangkul trofi bagi Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL34) yang berlangsung semalam.

hafiz suip hargai isteri

Hafiz ternyata mempunyai aura tersendiri dan memukau hati penonton apabila mengakhiri lagu Kisah Cinta Kita bersama penampilan khas isteri tercinta yang sedang hamil.

Momen mesra dan romantik mereka berdua membuatkan penonton “cair” dan memuji betapa Hafiz menghargai isterinya.

Momen romantik Hafiz dan isteri

Layan isteri bagaikan permaisuri

hafiz suip ajl34 hafiz suip ajl34 hafiz suip ajl34

Menurut netizen, memang bertuah isterinya memiliki suami seperti Hafiz yang menzahirkan kasih sayang dan rasa cinta dengan memegang dan mencium tangan wanita yang sedang hamil itu.

hafiz suipMemang pasangan romantik betul Hafiz dan isteri, lirik lagu pun dah romantik ditambah pula dengan aksi mesra mereka, memang memikat hati penonton. Tahniah sekali lagi kepada Hafiz kerana berjaya mengungguli dua anugerah sekaligus.

Kredit Foto : Kaki Foto & TV3 Malaysia

January 1st, 2018

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada penyanyi Hafiz Suip yang kini sudah bergelar bapa apabila isterinya, Nureffy selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 8.00 pagi semalam.

 Hafiz mengumumkan berita gembira tersebut di akaun Instagramnya dengan memuat naik foto kaki bayi sulungnya itu beserta ucapan terima kasih buat isteri tercinta.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai utk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini..million thanks to my beautifull wife Nureffy Jesreel for giving me the most wonderfull moment and treasure for this wonderfull year..thanks to our parents,family and sahabat as well yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua..tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua..dan terima kasih juga di ucapkan kepada Dr dan kakak kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya…

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Tentunya kehadiran bayi ini akan memeriahkan dan lagi keluarga Hafiz dan ia merupakan “hadiah” tahun baru paling bermakna buat beliau dan isteri. Tahniah sekali lagi!

June 15th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip yang bakal bergelar bapa selepas setahun mendirikan rumah tangga. Isterinya, Nureffy kini disahkan hamil 11 minggu. Teruja dengan berita tersebut, Hafiz menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik video sewaktu isterinya menjalani pemeriksaan kandungan.

Memang rasa sangat teruja apabila dapat tahu isteri mengandung pada beberapa minggu lalu. Kini usia kandungannya sudah memasuki fasa pertama. Saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua peminat sebab itu saya memuat naik video tersebut di laman sosial biarpun kandungan masih awal.

Hafiz juga memberitahu beliau turut mengalami alahan yang teruk dan kerap muntah sama seperti isterinya. Namun, kini alahan yang dialami oleh Nureffy sudah berkurangan.

Alhamdulillah, alahan yang dialami Nureffy semakin hari semakin baik. Biasalah, pembawaan ibu mengandung yang sentiasa rasa mual. Malah, saya mengalami alahan dan muntah-muntah seperti dia. Sekarang saya perlu fikir tentang keadaan kesihatan dan menjaga makan minum isteri dengan baik.

Hafiz Suip dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan bayi sulung pasangan ini dijangka lahir pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : mStar Online

May 18th, 2017

Setahun mendirikan rumah tangga bersama Nureffy, penyanyi Hafiz Suip tidak henti ditanya soal cahaya mata. Menerusi portal Astro Gempak, Hafiz akui beliau agak tertekan dengan persoalan tersebut apatah lagi yang bertanya adalah daripada keluarga beliau sendiri.

Saya akui tertekan juga apabila sering ditanya bila hendak menimang cahaya mata. Paling membuatkan saya tertekan apabila setiap kali pulang ke kampung , saudara mara pasti akan bertanya mengenai perkara tersebut. Saya tahu mereka prihatin tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki Tuhan.

Kami pernah jumpa pakar sakit puan tetapi doktor itu sendiri memberitahu tertalu awal untuk kami fikir soal anak kerana perkahwinan kami ketika itu baru sahaja kurang belum pun cukup setahun. Jadi dia nasihatkan kami supaya tidak terlalu tertekan dan banyak berehat dan pergi bercuti kerana untuk menimang cahaya mata, pasangan tidak seharusnya tertekan.

Relaks, rezeki untuk menimang cahaya mata ini sukar untuk dijangka. Lagipun, Hafiz dan isteri masih baru sahaja berkahwin dan mempunyai masa untuk berusaha mendapatkan anak. Kata orang, just go with the flow.

Sumber Berita : Astro Gempak