February 4th, 2014

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. AJL28 sudah hampir 2 minggu berlalu namun masih ada suara yang kurang berpuas hati. Secara jujur, Abang Nara pun terasa pelik juga apabila komposer lagu “Bahagiamu Deritaku” iaitu LY dan Baiduri tidak diberi kesempatan berucap apabila lagunya dinobatkan sebagai juara.  Hanya Hafiz sahaja selaku penyanyi yang membuat ucapan dan terus menyanyikan lagu tersebut sekali lagi.

ly baiduri

Ramai yang menyatakan LY dan Baiduri kecil hati dan rasa terpinggir kerana kejadian ini. Lebih-lebih AJL adalah sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf pencipta lagu, bukannya penyanyi. Namun hari ini menerusi Mstar Online, LY memaklumkan yang dia tidak terasa hati. Kata LY:-

Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas.

Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang.

ly dan hafiz

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi desas-desus kurang baik kedengaran mengenai AJL28. Tuan punya badan pun tak kisah dan tak terasa hati. Semoga dengan kemenangan ini, LY dan isterinya, Baiduri akan terus mencipta lagu yang mantap-mantap. Mana tahu menang AJL yang seterusnya pulak. Tak gitu?

P.S: Gambar lelaki bosan menunggu isteri membeli-belah

January 26th, 2014

Sebentar tadi, telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu 28 di mana 12 lagu telah berentap untuk menentukan gelaran juara. Diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG Hotfm, majlis berjalan lancar. Shila Amzah dan Mus May diikuti oleh DJ Fuzz telah membuat persembahan pembukaan sebelum kesemua “finalis” mendendangkan lagu masing-masing.

juara ajlSecara keseluruhan, kesemua persembahan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Bagi Abang Nara, vokal Hafiz memang jelas terserlah kepaduannya. Namun keputusan juri adalah muktamad. Berikut ialah keputusan AJL28:-

1. Juara - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga – Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

juara ajl

Apa kata anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL28 kali ini? Bagaimana pendapat anda mengenai mutu AJL28 secara keseluruhan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

November 19th, 2012

Salah satu persembahan yang mantap di malam AIM19 ialah nyanyian Muara Hati antara Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz. Meremang bulu ketiak Abang Nara dibuatnya. Suara kedua-duanya memang hebat sangat-sangat. Terbuai-buai asyik jadinya.

siti nurhaliza aim 19

Walaupun sebelum itu dikatakan sakit, Datuk Siti Nurhaliza tetap berjaya memberikan persembahan yang memukau. Diharap di masa akan datang, akan lebih banyak lagu duet antara Siti dan Hafiz. Kedua-duanya memang saling melengkapi antara satu sama lain di dalam segi vokal.

siti nurhaliza aim 19

22 keping gambar Siti Nurhaliza di malam Anugerah Industri Muzik (AIM19) dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Shahrizan Photography.

siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19
siti nurhaliza aim 19

October 30th, 2012

Abang Nara mengakui kebenaran kata-kata Zed Zaidi mengenai artis daripada program realiti. Tidak semua, tetapi kebanyakan mereka sememangnya sekadar tangkap muat. Dalam erti kata lain, tidak berkualiti.

zed zaidi

Berkata kepada Sinar Online, Zed Zaidi menegaskan yang kebanjiran artis tidak berkualiti harus dikawal. Katanya:-

Segala bentuk usaha untuk mengeluarkan bakat baru itu bagus tetapi kena berpada-pada supaya kebanjiran artis tidak berkualiti dapat dikawal. Artis kita semakin lama semakin bijak dan berkualiti tetapi untuk lahirkan yang berkualiti itu semakin kurang. Artis sekarang, keluar saja memang tangkap muat. Apabila tak melalui proses yang sebenar seperti berdaftar dengan persatuan, ini yang berlaku. Jika seorang artis ini buat hal, habis semua artis lain terpalit sama dituduh salah dan buruk.

zed

Namun bagi Abang Nara, program realiti ini ada bagusnya jugak. Banyak artis terutamanya penyanyi berbakat besar yang berjaya dicungkil. Contoh Hafiz AF, Black Mentor, Mawi dan ramai lagi. Biasalah awal-awal keluar program realiti memanglah tak tahu nak buat apa. Jadi pihak pengurusan perlulah bertanggungjawap untuk membantu apa yang patut. Tak ke gitu?

P.S: Seni ukiran salji