June 2nd, 2017

Mahu ia menjadi kejutan serta menambahkan keterujaan  buat beliau dan isteirnya Nurul Shuhada, pelakon Hafidz Roshdi enggan mengetahui jantinan anaknya walaupun kandungan isterinya itu sudah memasuki enam bulan.

Buat masa ni biarlah ia menjadi rahsia sebab dari awal kami memang mahu jadikan ini antara kejutan. Perempuan atau lelaki, kami tidak kisah asalkan bayi itu nanti sihat walafiat, itu dah cukup untuk buat kami rasa bersyukur.

Hafidz dan isterinya sudah mula membeli barang-barang kelengkapan bayi. Kebanyakan barangan yang mereka beli sesuai untuk digunakan oleh bayi perempua ataupun lelaki. Ia adalah langkah selamat memandangkan mereka tidak mahu mengetahui jantina anak didalam kandungan.

Pertama kali bergelar ibu dan bapa, pasti rasa teruja itu lebih lagi. Harapnya segala proses bersalin Nurul Shuhada nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Amin..

Sumber Berita : mStar Online

December 26th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Hafidz Roshdi yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas mengesahkan isterinya, Nur Shuhada kini sedang hamil.

Walaubagaimanapun, Hafidz masih belum bersedia untuk memberikan maklumat lanjut mengenai kehamilan isterinya kerana belum mendapat pengesahan daripada doktor.

Ya, isteri memang sudah hamil kerana sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah. Cuma­nya, saya belum mempunyai ke­sempatan untuk membawanya berjumpa doktor.

Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang.

Alhamdullillah, semoga isteri Hafidz diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan. Banyakkan berehat agar kandungan benar-benar sudah kuat.

Sumber Berita : Kosmo