July 27th, 2010

fasha sandha sambut hari jadi jejai

Atas permintaan ramai, inilah gambar Fasha Sandha menyambut hari jadi Jejai. Sila bertenang terlebih dahulu sebelum memberi komen. Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fasha sandha sambut hari jadi jejai

fasha sandha sambut hari jadi jejai

October 8th, 2009

[note]“Memang saya akan menamatkan zaman bujang, tapi yang pasti, bukan dengan dia (Fasha Sandha).”

Demikian pengakuan atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil yang sebelum ini beria-ia memberitahu akan membuat pengumuman mengenai pertunangan dan pernikahannya dengan pelakon dan model iklan itu selewat-lewatnya bulan ini.[/note]

Sebelum korang baca lebih lanjut pasal cerita ni, korang kena baca ikut kronologi dulu ya supaya boleh paham jalan cerita.

http://beautifulnara.com/cerita-terbaru-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/kronologi-kisah-cinta-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/gambar-qabil-ambak-bakal-suami-fasha-sandhagambar-qabil-ambak-ekuin-negara-bakal-suami-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/gambar-fasha-sandha-dan-rizal-ke-mana-qabil/

http://beautifulnara.com/panaspengakuan-berani-mati-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/fasha-sandha-kantoi-menipu/

Kesian jugak kat Fasha tau. Cuba korang duduk di tempat dia…mau nangis baling-baling bantal. Mata bengkak, takleh kuar umah…tapi mungkinkah jua Fasha sudah ada ganti?

“Ada sebab mengapa saya tak jadi berkahwin dengannya. Memang kami ada perancangan (untuk berkahwin) sebelum ini, tapi semuanya tak menjadi kenyataan.

“Saya sendiri yang membuat keputusan ini dan ia tiada kaitan dengan keluarga saya atau Fasha. Apabila saya membuat pengumuman ini, ia bukanlah cubaan untuk memburukkan sesiapa, tapi ramai bertanyakan mengenai perkara itu.

“Jadi, saya ingin jelaskan kami sudah tidak bersama lagi. Kenapa saya buat keputusan ini, saya tidak dapat jelaskan dan yakin Fasha sendiri tahu mengapa hubungan kami tak kekal,” katanya.

Menurutnya, selepas berita berkaitan hubungannya dengan Fasha heboh diperkatakan, seluruh negara tertumpu kepadanya dan dia terpaksa memberi penjelasan kerana tidak mahu pihak lain tersalah anggap.

Menghangatkan hubungan pasangan itu apabila sehari selepas Qabil mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha, pelakon itu teruk ‘diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, tersebar di Internet.

Satu blog selebriti menyiarkan gambar pelakon dan model iklan itu bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi.

Enam keping gambar yang dipercayai dirakam pada majlis sambutan hari jadi seseorang, dikirim kepada Harian Metro menerusi e-mel selain dipaparkan di beberapa laman web hiburan tanah air.

Beberapa gambar artis jelita itu bersama Rizal ketika berada di trek lumba kereta turut berlegar di Internet

Harian Metro ada melaporkan mengenai hubungan Fasha dengan Qabil yang sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan.

Ketika itu, Qabil, 29, dilaporkan berkata, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan, sebaliknya akan membuat pengumuman bulan depan (bulan ini).

Difahamkan, hubungan itu gagal menyatukan mereka kerana dipercayai ada kaitan berkenaan satu majlis rumah terbuka baru-baru ini yang turut dihadiri Fasha.

“Saya sudah tidak berhubung dengannya sejak dua bulan lalu. Semua dapat melihat apa yang berlaku pada majlis itu. Kalau sesiapa bertanyakan hubungan saya dengannya selepas ini, saya boleh katakan kami sekadar kawan dan ia tidak lebih daripada itu,” katanya.-harian metro-

June 1st, 2009

fasha comel

Lama betul tak dengar cerita terbaru tentang pelakon wanita paling sensasi Malaysia, si Fasha Sandha nie. Tup-tup semalam keluar Harian Metro, cover depan sampai 3 muka surat cerita pasal dia jer. Siap keluar semua citer lelaki-lelaki yang ada kaitan ngan dia.

Kata Fasha, dia bakal bertunang September nie dan akan kawin paling lewat tahun depan. Calonnya? Bukannya bekas suami Nora Danish, si Rizal tue. Sebab kata Fasha, bakal suaminya itu bukan duda ataupun suami orang. Boleh percaya ke nie?

Tapi ada berita sedih buat peminat Fasha Sandha(ada ke orang minat dia nie?). Kata Fasha lagi, lepas berkahwin nanti dia akan bersara daripada dunia lakonan. Bakal suami tak bagi berlakon lagi dah. Lagipun katanya sekarang nie duit dia pun dah cukup untuk bagi kesenangan kepada keluarga dia.

Apa-apa pun Fasha, kalau betullah anda akan berkahwin kami ucapkan tahniah banyak-banyak. Lagi bagus kalau memang betul bakal suami anda itu seorang bujang. Buang semua kontroversi panas anda dengan si Rizal tue dulu. Ramai orang yang sakit hati sebab tue.

Dan kalau anda masih belum baca artikel-artikel kami yang dulu pasal Fasha, jangan segan-segan nak baca. Antara artikel menarik ada di bawah nie:-

April 15th, 2009

fasha sandha abpbh 2008

Kesian betul kami dengan Fasha Sandha. Walaupun memang kami tak suka sangat dengan si Fasha Sandha sebab gosip dia dengan bekas suami Nora Danish, tapi rasa sedih jugak kat dia sebab dipulau oleh wartawan.

Tapi Fasha Sandha still maintain professional dengan datang ke malam ABPBH 2008. Perasaan tak dia dah potong rambut jadi pendek? Nampak lawa la pulak.

Nasib baik Fasha Sandha tak menang malam tue. Kalau tak mau bergaduh besar dengan Nora Danish yang jadi pengacara umumkan pemenang.