December 21st, 2016

Bermula daripada bawah dan perlahan-lahan popularitinya meningkat naik sehingga tahap yang agak tinggi sekarang, Ayda Jebat sedikit pun tidak pernah lupa diri dan menghargai setiap sokongan peminat yang menjadi tulang belakangnya didalam industri hiburan.

Lumrah orang sudah berjaya pasti akan ada juga pihak yang tidak puas hati dan berhasad dengki terhadap Ayda dan pelbagai komen dilemparkan kepadanya.

Menurut Ayda, beliau bukanlah seorang yang tidak boleh menerima sebarang teguran tetapi kadang-kadang ada yang memberikan komen biadap. Oleh itu beliau enggan ambil pusing  dengan perkara itu dan “block” mereka daripada laman sosial beliau.

Saya boleh terima kritikan sebab secara tak langsung boleh memperbaiki diri. Tapi kalau sudah lebih had hingga mencaci dan memaki yang dilemparkan di laman sosial, saya akan terus sekat mereka. Buat apa kita perlu isi hari kita dengan membaca komen-komen negatif yang hanya suka lihat kita jatuh? .

Berbicara mengenai khabar angin yang mengatakan beberapa rakan artis yang kurang senang melihat kejayaan Ayda kini, pelakon dan penyanyi itu enggan ulas lebih lanjut kerana ia menyentuh sensitivit seseorang artis itu.

Saya tidak boleh bercakap banyak tentang tanggapan rakan artis lain terhadap saya sebab itu mungkin pandangan dan pendapat mereka. Perkara ini agak sensitif untuk diulas.  Saya layan semua artis sama sahaja dan seandainya ada kekhilafan, saya mohon maaf.  Bagi saya, setiap anugerah ini datang daripada hasil usaha saya juga. Kalau tidak, tak mungkin peminat gigih megundi.

Apabila berjaya memang banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi termasuk penyakit hasad dengki.  Namun, anggaplah ia sebagai pengalaman hidup yang membuat diri Ayda Jebat lebih matang. Jangan cepat putus asa.

Sumber Berita : Utusan Online

May 8th, 2015

Pernah didakwa mengundi diri sendiri untuk menang dalam anugerah, kini Ayda Jebat dikatakan sering membodek produser-produser untuk berlakon dalam sesebuah drama dan telefilem.

Walaubagaimanapun, Ayda yang melangkah masuk ke dalam industri hiburan tempatan sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 9, menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan populariti yang dikecapinya sekarang adalah hasil usaha kerasnya yang tidak pernah berhenti.

Saya sedar sebelum ini namanya saya tidak melonjak naik ketika tersingkir di Akademi Fantasia 9, kini nama Ayda semakin dikenali dan popular disebabkan usaha saya yang tidak henti-henti.

Bodek membodek bukan cara saya, sebagai pelakon perlu sedar diri untuk mencari ruang dan peluang dalam dunia lakonan menerusi bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Ayda juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kariernya dan selalu mendoakan kejayaan beliau.

Bagi saya peminat adalah segala-galanya, tanpa sokongan mereka saya mungkin masih berada di takuk yang lama, kerana peminat jugalah yang memberi kejayaan kepada saya.

Saya tidak keseorangan, kejayaan yang saya kecapi adalah doa-doa mereka serta orang yang rapat dengan saya, dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang pelakon, lakukan yang terbaik di set penggambaran serta menjaga hati peminat dengan baik.

Tidak semestinya kegagalan masa lalu membuatkan kita terus gagal selamanya. Tidak dapat dinafikan ada sesetengah artis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tawaran berlakon. Kata orang kalau hendak berada didalam dunia hiburan hati mau kental dan perlu berdepan dengan seribu satu kerenah manusia.

Sumber Berita: Murai