Written by Bella | October 23rd, 2019

Bijak mengatur perjalanan hidupnya, selebriti Neelofa telah meraih pelbagai kejayaan sehingga ke tahap antarabangsa. Pengaruhnya begitu besar bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi perniagaan.

neelofa

Meskipun namanya kini berada di puncak populariti, Neelofa memberitahu dia tidak pernah terlintas untuk memburu gelaran ‘Datuk’.  Ada pangkat ataupun tidak, beliau tetap gembira dengan apa yang dikecapinya.

View this post on Instagram

So humble! ❤ #Neelofa #VideoNeelofa

A post shared by neelofa fans (@lofa.videos) on

Saya rasa kalau saya dapat Datuk pun, I don’t think I will accept it. Because, saya rasa terlalu ramai sangat orang ‘berdatuk-datuk’ sekarang.  Ia tak membezakan apa-apa pun. Im still living the same life.

Baru-baru ini, ramai yang kagum dengan kemenangan membanggakan Neelofa di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco. Neelofa membuktikan, walaupun apa jua halangan iaitu dikecam dan sebagainya, beliau tetap tidak putus asa dan mampu mencapai kejayaan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Video: Instagram Neelofa Fans

Written by serenity | January 28th, 2018

Tahniah diucapkan buat Fizz Fairuz yang kini bergelar Datuk setelah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) semalam. Dia menerima darjah itu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Kata Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39:

Gelaran ini sebenarnya adalah tanggungjawab besar perlu saya pikul dan saya akan berusaha menjaga amanah ini sebaik-baiknya.

Dia beranggapan anugerah itu sebagai penghargaan tertinggi buat dirinya yang sebelum ini banyak terbabit dalam pelbagai aktiviti pelancongan di Pahang. Namun begitu, sudah pasti penganugerahan itu menimbulkan cakap-cakap di kalangan Netizen yang beranggapan sumbangan Fizz kepada masayarakat tidak begitu signifikan untuk memungkinkannya menerima anugerah itu.

Melalui Harian Metro, Fizz mengakui sumbangannya kepada negeri Pahang sebagai seorang anak jati Raub:

Mungkin ramai tidak tahu saya adalah anak jati Raub dan pada masa sama saya juga banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya negeri ini.

Selain itu, saya juga menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang dan diharapkan mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini.

Almy juga meminta usah dipersoal gelaran diterima suaminya dan enggan ambil peduli setiap komen dan kritikan terhadap Fizz Fairuz.

Isterinya, Datin Almy Nadia memberitahu mereka tidak ambil pusing kecaman masyarakat:

Tidak dinafikan netizen sekarang memang lantang dan gemar mengecam sesuka hati tanpa mengambil kira hati dan perasaan seseorang.

Namun, saya dan suami memilih untuk tidak ambil pusing dengan setiap kecaman kerana ini rezeki yang datang daripada Allah.

Baginya, sebagai orang terdekat dengan suaminya dia melihat setiap usaha keras yang dilakukan Fizz:

Penganugerahan ini adalah usaha kerasnya dalam menaikkan dan mengharumkan nama negeri kelahirannya.

Hanya saya dan orang terdekat dengan suami tahu apakah sumbangan dan usaha yang dilakukannya.

Rata-rata pengikut Fizz mengucapkan tahniah buat beliau di menerusi ruangan komen di Instagramnya. Sekali lagi tahniah ducapkan buat Fizz dan isteri semoga kerjaya berkembang lebih maju lagi selepas ini. – beautifulnara.com

Written by AbangNara | February 1st, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Pak Nil atas kurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”. Memang Pak Nil layak menerima penghargaan ini.

datul aznil

Istiadat penganugerahan akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta & akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini. Kurniaan pangkat kebesaran ini adalah sempena Hari Wilayah Persekutuan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Datuk Aznil atas berita gembira ini.

P.S: Bandar Itali yang menyegarkan mata memandang.