Written by AbangNara | December 4th, 2016

Akhirnya, selepas 8 minggu bertarung di pentas Gegar Vaganza 3, Azharina telah dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Satu keputusan yang amat tepat berdasarkan persembahan Azharina yang amat konsisten pada setiap minggu. Malah persembahan Azharina pada konsert akhir juga jelas menyerlah. Dengan kemenangan ini, Azharina membawa pulang RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

azharina

Selain merangkul tempat kedua, Siti Sarah juga telah memenangi Persembahan Pilihan Penonton yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000. Zarul pula berjaya menempatkan diri di tempat ketiga. Di tempat keempat ialah Ameng Spring, tempat kelima Intan Sarafina manakala Gmie Screen berada di tempat keenam.

gv3

Tahniah diucapkan kepada Azharina dan juga para peserta GV3. Tidak lupa jugak diucapkan terima kasih kepada Nabil dan Jihan yang sentiasa menghiburkan jutaan rakyat Malaysia sepanjang 8 minggu ini. Semoga GV4 kelak akan lebih meriah dengan barisan penyanyi yang lebih awesome. Apa pun, adakah anda berpuas hati dengan keputusan ini? Kongsikan di ruangan komen.

Written by AbangNara | December 1st, 2016

Akhirnya, setelah 7 minggu berhempas pulas, GegarVaganza 3 akan berakhir pada hari Ahad ini. Konsert terakhir GegarVaganza 3 bakal menyaksikan pertarungan hebat di antara Zarul Umbrella, Siti Sarah, Azharina, Ameng Spring dan Gmie. Pasti ramai yang sedang membuat ramalan siapakah yang bakal bergelar juara GV3. Secara jujur, kelima-lima peserta ini kesemuanya hebat-hebat belaka.

gegarvaganza

Pada pendapat Abang Nara, Azharina berpeluang besar untuk muncul sebagai juara. Sudah beberapa kali Azharina mendapat tempat pertama sepanjang GegarVaganza 3 berlangsung. Namun bila final ini macam-macam boleh jadi. Abang Nara percaya juri-juri profesional akan membuat keputusan terbaik walaupun memang sukar untuk memilih seorang pemenang. Bak kata Siti Nordiana:-

Memang tidak boleh hendak menjangka siapa yang akan menang kerana masing-masing berpotensi bergelar juara. Setiap minggu pun kedudukan Top 3 sentiasa berubah sekali gus menunjukkan persaingan kali ini sengit.

siti nordiana

Agak-agaknya siapa yang bakal menjuarai GegarVaganza 3? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dan kita lihat siapa yang betul Ahad ini. Selamat menonton. Sumber Berita Harian.

universiti malaya

P.S: Sebulan lagi kita akan menjenguk ke tahun 2017. Apa kata sempena tahun baru ini, kita majukan diri dengan mengikuti kursus diploma eksekutif program separuh masa anjuran Universiti Malaya yang khusus untuk warga bekerja. Pelbagai diploma disediakan seperti pendidikan awal kanak-kanak, pengurusan, kaunseling, teknologi maklumat dan perbankan & kewangan Islam. Paling best, sudah lebih 21,000 warga bekerja yang telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Confirm berkesan. Pusat pembelajaran program diploma eksekutif ini bukan sahaja ada di Kuala Lumpur, tetapi ada di Kuantan, Kulim, Kota Bharu, Bayan Lepas dan Alor Setar. Jadi semua orang satu Malaysia berpeluang untuk meng”upgrade” diri mereka. Insya Allah lepas habis kursus ini kita akan dapat memperbaiki mutu hidup masing-masing. Maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon yang tertera atau layari www.umcced.edu.my. Selamat belajar!

Written by AbangNara | October 17th, 2016

Penantian hampir setahun berakhir jua apabila konsert pertama GegarVaganza 3 telah berlangsung semalam. Abang Nara dari pukul 830 malam dah tercongok depan televisyen. Memang tak sabar. Ternyata konsert pertama GV3 tidak mengecewakan dari segi persembahan peserta, lawak Nabil dan Jihan serta interaksi para juri dan juga Dato’ Vida. Semuanya memberi kombinasi yang cukup awesome untuk para penonton menghiburkan diri di hujung minggu.
gegar vaganza 3Seperti musim-musim sebelum ini, minggu pertama Gegar Vaganza menyaksikan para peserta menyanyikan lagu yang telah mempopularkan mereka satu ketika dahulu. Orang kata ini lagu “makanan”. Semua persembahan best-best belaka tetapi feveret Abang Nara ialah Zarul dengan Ramalanku Benar Belaka dan juga Nora Di Persimpangan Dilema. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Siti Sarah kerana berjaya merangkul tempat pertama di minggu pertama ini. Siti Sarah telah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi.

gegar vaganza 3

Seperti biasa juga minggu pertama tiada sebarang penyingkiran berlaku. Semuanya masih tengah panaskan badan jadi tak adil lah untuk singkirkan sesiapa. Adakah anda turut sama menonton konsert pertama GegarVaganza 3 semalam? Kalau iye, persembahan manakah yang menjadi feveret anda? Siapakah yang mempunyai aura juara? Siapa pula yang akan tersingkir awal? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Jangan lupa bahawa Abang Nara dan Astro akan memberikan 3 keping tiket khas menonton konsert GegarVaganza 3 setiap minggu. Kena nantikan artikelnya setiap hari Khamis.