May 29th, 2019

Iklan hari Raya Aidilfitri adalah antara perkara yang sentiasa Abang Nara nantikan setiap tahun. Secara ikhlasnya, Abang Nara tak suka iklan sedih-sedih buat mengalir air mata. Bagi Abang Nara, raya adalah waktu untuk bergembira, bergelak tawa dan tersenyum riang. Jadi iklan raya pun kenalah ada mood sebegitu. Dan tahun ini, Abang Nara dah jumpa iklan pilihan hati!!!

Gelagat Ayda Jebat yang penuh imaginasi di dalam iklan raya Watsons ini memang mencuit hati. Dengan tagline “Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi”, kegembiraan dan keseronokan Ayda Jebat balik kampung turut dirasai oleh Abang Nara.

Antara adegan yang mencuit hati Abang Nara ialah:-

1. Naik bas balik kampung tapi Ayda Jebat punya imaginasi macam naik kapal terbang. Siap ada “air turbulence lagi”.
2. Ada dayang-dayang menarik menyambut ketibaan Ayda Jebat, padahal sebenarnya orang kampung tengah sibuk bersihkan halaman rumah. Lawak gila kot Ayda Jebat menari dengan diorang
3. Tunggang kuda putih umpama seorang puteri turun dari kayangan, sedangkan realitinya Ayda Jebat naik motor bersama ayah tercinta. Memang kalau dah seronok sangat balik kampung, semua benda boleh diangan-angankan. Tak gitu?
4. Kegembiraan yang terpancar di wajah ibu dan adik beradik apabila menerima hadiah barangan Watsons dari Ayda Jebat. Ha ini realiti bukan mimpi. Sesekali balik kampung bagi hadiah kat family apa salahnya kan? Diorang mesti lebih gembira!!!
5. Kucing merajuk tak dapat barangan Watsons!!! Hehehe, serius comel!!

Banyak lagilah benda-benda best, kelakar dan menarik di dalam iklan raya Watsons tahun ini. Bila tengok iklan ceria macam ini, barulah semangat raya tue makin membara. Mood nak bershopping pun semakin meningkat. Yang penting jangan lupa beli produk kosmetik, pencuci muka, produk penjagaan kulit dan sebagainya di www.watsons.com.my. Tengah banyak promosi dan tawaran menarik sekarang nie!!!

Kalau nak tambahkan lagi mood raya korang, boleh layan beberapa video “extension” raya Watsons yang memfokuskan kepada produk daripada kategori seperti kecantikan, penjagaan kulit dan sebagainya. Boleh tahan kelakar dan menarik jugak.

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan raya anda kali ini menjadi-jadi bersama Watsons. Check out www.watsons.com.my untuk lebih informasi tentang promosi Aidilfitri mereka. Selamat hari raya!!!

May 9th, 2019

Eh, eh, eh. Ramadhan dah? Sebulan berpuasa nanti, tup-tup kita akan menyambut Aidilfitri pulak.

Selain daripada beribadah, benda paling best sepanjang musim perayaan ini tak lain tak bukan ialah SALE SALE & SALE. Kiri kanan depan belakang semua SALE je. Berpinau mata dibuatnya!!!

Tak mahu ketinggalan, Watsons turut sama tampil dengan pelbagai tawaran, potongan diskaun dan ganjaran hebat sempena Aidilfitri kali ini. Memang lain macam Watsons punya promosi kali nie. Rugi sangat-sangat kalau anda tak join. Antaranya ialah:-

Hadiah Melebihi RM1 Juta Untuk Dimenangi!!!

Special untuk ahli-ahlinya yang yang sentiasa memberikan sokongan padu dan utuh, Watsons berbesar hati menawarkan hadiah melebihi  RM1 juta menerusi kempen “Ada Kad Watsons, Raya Menjadi-jadi” yang bermula dari 30 April sehingga 12 Jun 2019 kelak!!!

Memang gila kan? Bersyukurlah sekiranya anda ialah seorang ahli Watsons. Macam-macam ganjaran akan diperolehi.  Untuk Aidilfitri kali ini, ada pelbagai hadiah yang nilainya melebihi RM1 juta yang boleh dibawa pulang oleh ahli Watsons sahaja. Diulangi sekali lagi, lebih daripada RM1 juta. Dasyat tak dasyat la kan?

Kalau belum daftar tu, silalah ke Watsons berhampiran anda dan jerit kepada akak kaunter tu “akak saya nak jadi ahli Watsons sekarang!!!”. Lepas tu terus buat 2 langkah MUDAH di bawah untuk berpeluang merebut peluang yang hanya hadir setahun sekali ini.

  1. Buat pembelian RM100 dan ke atas di Watsons di dalam satu resit. Salah satu produk yang anda beli mestilah jenama yang menyertai kempen ini. Boleh ushar jenama-jenama tersebut di http://bit.ly/2Y8FP5m
  2. Imbas kod bar yang tertera dan hantar penyertaan anda. Setel. Jangan lupa berdoa semoga dimurahkan rezeki. Bulan Ramadhan nie selalunya doa makbul.

Untuk makluman,  ahli Watsons biasa akan mendapat 1 penyertaan, sementara ahli Elite pula akan mendapat 5x penyertaan  Antara hadiah-hadiah yang boleh menjadi milik anda ialah:-

P.S: Silalah ke http://bit.ly/2Y8FP5m  untuk melihat sendiri kesemua hadiah yang ditawarkan oleh Watsons bersempena kempen “Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi” ini. Confirm terbeliak biji mata anda dibuatnya!!!

Diskaun sehingga 50% bersempena Jualan Raya Watsons

Tak cukup dengan hadiah-hadiah bernilai melebihi RM1 juta, Watsons juga bakal memberikan potongan harga sehingga 50% bersempena Jualan Raya mereka tahun ini. Memang “raya menjadi-jadi” sungguhlah Aidilfitri kali ini. Produk kecantikan, kesihatan, penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan peribadi semuanya akan dipotong harga kaw-kaw punya. Memang this is the best time untuk “restock” balik kesemua barangan anda.  Sila ushar di http://bit.ly/2VNwF0E dengan kadar segera.

Suka pakai topeng muka? Ini Memang Untuk Anda

Nak tampil berseri-seri di pagi Aidilfitri tapi tak tahu nak buat camner? Rileks jangan gelabah. Sambar je kesemua topeng muka/facemask yang ada dijual di Watsons dan gunakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Confirm 1 Syawal muka anda cun melecun macam bidadari. Dengan tagline “Ada Watsons Raya Berseri-seri”, segala jenis face mask telah diberikan diskaun atau tawaran hebat. Contohnya beli 2 untuk RM10, pembelian kedua dapat diskaun 50%, beli 2 percuma 1 dan macam-macam lagilah. Confirm raya ini anda akan bertemu jodoh!!! Tengok senarai topeng muka yang terlibat di http://bit.ly/2VNwF0E.

Tak Cukup? Ada Banyak Lagi Sebenarnya…

Sebenarnya banyak lagi ganjaran-ganjaran, tawaran-tawaran dan diskaun-diskaun best dari Watsons bersempena Aidilfitri yang bakal tiba. Kalau nak cerita satu persatu, sampai raya Haji pun tak habis-habis. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut, korang layari je www.watsons.com.my dan juga Facebook Watsons Malaysia. Semuanya ada tertulis di situ. Selamat bershopping!!!