Written by Bella | June 12th, 2018

Masih ingat lagi seorang wanita tampil mendakwa pelakon Fatin Afeefa sedang menjalinkan hubungan intim dengan suaminya sehingga rumah tangga mereka berantakan? Sebelum ini, wanita tersebut yang dikenali sebagai Hanna Marie turut mengatakan Fatin punca beliau dipukul oleh suami sendiri sehingga mengalami kecederaan yang teruk.

Kemelut antara mereka tidak pernah terhenti dan nama Fatin kembali hangat diperkatakan sejak semalam apabila Hanna mendakwa aktres itu masih lagi berdua-duaan dengan suaminya di dalam sebuah apartment pada bulan Ramadhan.

Hanna turut memaklumkan polis sudah berada di rumah Fatin untuk menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan dari pelakon wanita itu atas dakwaan berkhalwat.

Menerusi akaun Twitternya, Fatin akui polis telah menyerbu rumahnya tetapi hasil pemeriksaan lanjut mendapati beliau tidak bersalah kerana tiada siapa dirumahnya seperti yang didakwa.

Namun, Hanna tetap tidak berpuas hati dan dilihat membalas ‘tweet’ Fatin dengan pelbagai lagi pendedahan mengenai sikap Fatin yang dikatakan agak kasar ketika serbuan itu berlaku.

Fatin enggan berdiam diri mengenai isu tersebut dan bakal membuat laporan polis kerana menggeledah rumahnya tanpa sebarang waran.

Written by serenity | May 9th, 2018

Hari ini ialah hari mengundi untuk Pilihanraya Umum Malaysia ke-14. Rakyat Malaysia berduyun-duyun pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi demi masa depan negara.

Bagi sesetengah selebriti, mereka tetap menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara dengan mengundi. 

Terpancar kepuasan dan kegembiraan di riak wajah masing-masing kerana berjaya melunaskan tanggungjawab kepada negara.

Lagi 15 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | May 8th, 2018

Pernah hangat dengan kontroversi mempunyai skandal ataupun hubungan intim dengan suami orang, terbaru Fatin Afeefa didakwa menjadi punca kepada keganasan rumah tangga pula.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Hanna Marie mendedahkan beberapa foto dia dipukul oleh suami sendiri kerana Fatin.  Untuk makluman anda, Hanna adalah wanita sama yang mendakwa Fatin menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sebelum ini.

Hanna memuat naik foto kesan penyangkut baju serta lebam pada tubuhnya yang dipercayai kesan dipukul teruk oleh suaminya yang berang  gara-gara dia menceritakan setiap butiran tentang percintaan suaminya itu bersama Fatin.

Wanita itu turut meminta Fatin untuk tidak mengganggu lagi suaminya meskipun lelaki itu berulang kali mengatakan dia sudah tidak berhubung dengan Fatin lagi.

Sejauh mana kebenaran disebalik segala isu ini tidaklah kami ketahui.  Malah, netizen juga mempersoalkan mengapa wanita berkenaan tidak membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan yang serius.  Fatin juga nampaknya hanya berdiam diri sahaja meskipun dihimpit dengan pelbagai tuduhan.

Written by serenity | April 23rd, 2018

Pelakon Dynas Mokhtar, 35, selamat melamngsungkan pernikahan dengan Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, pada 10.50 pagi semalam (Ahad) dengan sekali lafaz.

Sinar Harian melaporkan, Dynas atau nama lengkapnya, Wan Edrinas dinikahkan bapanya, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Khairul Anuar Mulim.

Pada majlis tersebut, Dynas menerima mas kahwin berjumlah RM1001, beserta wang hantaran sebanyak RM30,000.

Majlis resepsi pasangan ini akan dilangsungkan 28 April ini di Damansara dan resepsi kedua bakal dilangsungkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 5 Mei.

Lagi 34 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.