December 3rd, 2013

Perkahwinan selama 8 tahun yang diceriakan dengan kehadiran 2 puteri, Zahnita Wilson telah pun memfailkan permohonan cerai kepada suaminya, Abdul Zackery Ghouse. Sebutan pertama kes penceraian pasangan ini akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.

zahnita wilson cerai

Penceraian ini bagi Zahnita Wilson bukannya satu pengakhiran tetapi satu permulaan baru bagi dirinya. Berkata kepada Kosmo, keengganannya untuk menjadi hipokrit menyebabkan Zahnita memfailkan permohonan tersebut.

Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!

Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama. Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami

zahnita wilson cerai

Mengakui rumah tangganya bergolak semenjak penghujung tahun 2011, Zahnita dan suami telah pun menghadiri kaunseling untuk sebagai langkah untuk memperbetulkan keadaan. Sayangnya kesemua itu tidak berhasil. Tambah Zahnita lagi:-

Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.

Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.

Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini.

Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini.

zahnita

Nampak gayanya memang nekad betul keputusan yang diambil oleh Zahnita. Mungkin itu yang terbaik buat Zahnita dan anak-anaknya yang masing-masing berusia 6 tahun dan 1 tahun. Walaupun begitu, mungkin boleh cuba berbincang sekali lagi secara lebih mendalam. Sayang pula perkahwinan yang dibina selama 8 tahun musnah begitu sahaja. Apa kata anda?

P.S: Pemain Real Madrid terima kereta Audi tahunan mereka

November 22nd, 2012

Ingat lagi dengan entri gambar kehamilan Zahnita Wilson yang pernah Abang Nara kongsikan dulu? Terima kasih kepada Shaker Hanafi yang merupakan jurugambar kegemaran Zahnita, kini anda boleh menatap wajah bayi perempuan yang diberi nama Zasharayna ini.

gambar anak zahnita wilson

Dilahirkan pada 31 Oktober 2012, Zasharayna melihat dunia kira-kira pada jam 7.30 pagi. Zasharayna memang secomel ibunya. Semoga Zasharayna membesar menjadi seorang anak yang solehah kepada Zahnita Wilson dan suaminya, Abdul Zackery.

gambar anak zahnita wilson

7 lagi gambar Zasharayna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Shaker Hanafi Photography.

gambar anak zahnita wilson
gambar anak zahnita wilson
gambar anak zahnita wilson
gambar anak zahnita wilson
gambar anak zahnita wilson
gambar anak zahnita wilson
gambar anak zahnita wilson

September 24th, 2012

Lama sungguh tidak mendengar cerita mengenai Zahnita Wilson. Rasanya memang sudah lama Zahnita tidak keluar di mana-mana majalah atau suratkhabar. Tup-tup semalam Abang Nara mendapat sepucuk email yang berkongsi gambar-gambar terbaru Zahnita.

zahnita wilson

Rupa-rupanya Zahnita Wilson kini sedang hamil. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara menerusi gambar di bawah, kandungan Zahnita macam dah 6 bulan ke atas. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Zahnita dan suami atas berita gembira ini. Pasti tak sabar untuk menanti kedatangan seorang lagi orang baru dalam keluarga mereka.

zahnita wilson mengandung

4 lagi gambar Zahnita Wilson hamil dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Shaker Hanafi(012-2304752).

P.S: Spangles, si kucing juling yang comel.

zahnita wilson hamil

zahnita hamil

zahnita wilson

zahnita