July 25th, 2011

Semenjak perkahwinan dengan Akhil Hayy, rasanya memang tak pernah nampak Waheeda di mana-mana rancangan hiburan. Rupa-rupanya Waheeda ada sebabnya yang tersendiri. Mungkin kata-kata Waheeda di bawah boleh dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang mahu menceburi dunia hiburan:-

waheeda

Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan. Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya. Malah dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya batal. Siapa dia untuk mempermainkan agama Allah!

Sememangnya dunia hiburan banyak cabaran lebih-lebih lagi jika anda beragama Islam. Semoga cerita Waheeda di atas menjadi pengajaran untuk kita semua. Terima kasih kepada Waheeda kerana sudi berkongsi susur galur kehidupan seorang artis.

December 20th, 2009

waheeda berpurdah

Kagum sebentar kami melihat gambar Waheeda yang kini berpurdah. Tahniah kami ucapkan kepada Waheeda yang maju setapak lagi. Mungkin azam tahun baru, Awal Muharram (kami nak ucapkan selamat tahun baru kepada anda semua).

Bukan mudah untuk Waheeda memakai purdah lagi-lagi di Malaysia ini. Apa-apa pun semoga terus kekal memakai purdah. Tahniah jugak kami ucapkan kepada Akhil Hayy yang nampaknya terus membimbing isterinya. Semoga perkahwinan anda berdua kekal dan dirahmati.

waheeda berpurdah

Gambar diamik dari ZonArtis.

P.S: Semalam dapat tengok Hujan buat live show. Best sangat-sangat. Terima kasih kepada Nuffnang sebab jemput kami. Sesapa yang rasa nak buat duit sedikit sebanyak melalui blog dia, leh la gi daftar kat Nuffnang.

May 29th, 2009

waheeda

Terasa macam CNN pulak bila bercerita tentang gosip Waheeda, Maiza dan Akhil Hayy nie. Sana-sini ada info dan maklumat terkini. Yang pastinya semalam kami terlepas pandang kenyataan Waheeda tentang hal ini dalam Berita Harian.

Sila baca apa yang dikatakan oleh Waheeda dengan teliti dan buatlah penilaian anda sendiri:-

[note]Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu[/note]

Komen Kami: Nampak macam ada sesuatu yang tersangat penting kita tidak tahu mengenai Maiza nie. Mungkinkah ini hanya sekadar satu ugutan atau memang betul ada benda yang sangat memalukan tentang Maizawati Zainal sampai Waheeda pun tak sanggup nak dedahkan?

Bila ditanya sanggup tak bersemuka dengan Maiza, Waheeda pun jawap macam kat bawah nie:-

[note]Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya. Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?[/note]

Komen Kami: Terasa macam kat wrestling pulak. Yang wrestler utamanya(Akhil Hayy) tak kuar lawan lagi, tapi awek-awek si wrestler lelaki tengah lawan-lawan cakap sesama sendiri. Tapi ayat Waheeda nie memang sempoi. Siap tanya berani ke bersemuka tue. Memang yakin betul dia tak bersalah nie.

May 27th, 2009

wawa

Sesungguhnya inilah kisah cinta 3 segi yang paling misteri pernah kami dengar. Kalah cerita drama Latin yang pelakon perempuan dia sebenarnya ada affair dengan hampir kesemua watak lelaki dalam cerita tue.

Sila tarik nafas panjang-panjang dan baca kenyataan Wawa(nama manja Waheeda) di bawah ini:

[note]Saya rasa setakat ini saya masih boleh bersabar. Ini hal mereka suami isteri, jadi selesaikanlah sendiri.[/note]
Komen Kami: Woi, woi. Bukan ke punca masalah diorang semua nie datangnya dari kau? Dah pandai masuk rumah tangga orang, pandai-pandai la tolong cari jalan keluar sama-sama. Tak gitu?
[note]Saya tak ada apa untuk cakapkan lagi. Biarlah saya terus bersabar selagi saya mampu. Apa saja tohmahan orang, saya redha saja. Malah, Akhil sendiri ada menghubungi saya ketika hal ini mula tercetus dan minta saya banyak-banyak bersabar. Dia beritahu saya ‘ini bukan urusan kamu Wawa, ini urusan aku. Biar aku yang selesaikan.[/note]
Komen Kami: Sungguh kurang ajar si Akhil Hayy nie. Bini sendiri taknak tepon. Ada ke patut tepon si Wawa tue. Patutnya bagi la semangat kat bini ko.
[note]Alhamdulillah, saya tetap kuat teruskan kehidupan seperti biasa. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa tidak putus memberikan sokongan. Tapi seperti yang saya pernah katakan, setiap orang ada tahap kesabarannya. Jadi, biarlah dia (Maiza) nak cakap apapun sekarang ini. Cuma, saya juga ada hati dan perasaan. Jangan sampai saya terpaksa buka mulut lagi[/note]
Komen Kami:Chop!!! Bukak mulut lagi? Bila masanya pertama kali si Wawa nie bukak mulut? Takderlah pernah dengar dia cakap apa-apa. Kalau terpaksa bukak mulut pun bukaklah, nak gak dengar cerita sebenar. Sikit-sikit no komen. Menyampah gak kami mendengarnya.

Pastikan anda tak terlepas untuk mengikut kronologi episod cinta 3 segi ini dengan membaca artikel-artikel di bawah ini:-