August 23rd, 2010

waheeda confirm berpurdah

Baru-baru ini kami telah dijemput oleh pihak Astro untuk berbuka puasa di Bora Asmara. Ramai sungguh artis-artis yang datang. Tapi yang balik menjadi tumpuan sudah tentu kehadiran Waheeda dan Akhil Hayy. Waheeda seperti yang kita tahu memang sudah lama tak keluar di mana-mana suratkhabar atau majalah selepas berkahwin.

Dan kami tak terkejut dengan pemakaian purdah oleh Waheeda. Dulu pun kami pernah keluarkan gambar Waheeda berpurdah. Cuma kali ini memang sah dan confirmlah dia sudah berpurdah. Jutaan tahniah kami ucapkan. Bukan senang nak berpurdah tapi Waheeda ternyata mampu.

Buat pengetahuan semua, Waheeda sudah pun bersara daripada dunia seni. Jadi dia datang time tue hanyalah untuk menemani suaminya, Akhil Hayy.

P.S: Cuba tengok video nie. Salah mamat nie jadi penjual burger atau memang perempuan tue mata duitan?

December 20th, 2009

waheeda berpurdah

Kagum sebentar kami melihat gambar Waheeda yang kini berpurdah. Tahniah kami ucapkan kepada Waheeda yang maju setapak lagi. Mungkin azam tahun baru, Awal Muharram (kami nak ucapkan selamat tahun baru kepada anda semua).

Bukan mudah untuk Waheeda memakai purdah lagi-lagi di Malaysia ini. Apa-apa pun semoga terus kekal memakai purdah. Tahniah jugak kami ucapkan kepada Akhil Hayy yang nampaknya terus membimbing isterinya. Semoga perkahwinan anda berdua kekal dan dirahmati.

waheeda berpurdah

Gambar diamik dari ZonArtis.

P.S: Semalam dapat tengok Hujan buat live show. Best sangat-sangat. Terima kasih kepada Nuffnang sebab jemput kami. Sesapa yang rasa nak buat duit sedikit sebanyak melalui blog dia, leh la gi daftar kat Nuffnang.

August 17th, 2009

Cakap banyak tak guna , meh kita layan ajolah gambar-gambar masa majlis nikah deorang.
Tapi Maiza kuar statement, kata

“Saya tak jangka mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini.

Apa-apapun saya berserah dan berbalik kepada Allah.




May 18th, 2009

waheeda dan akhil hayy

Nampaknya isteri kepada Ustaz Akhil Hayy(patutnya dibuang aje title Ustaz nie), Maizawati Zainal sudah tak mampu lagi nak menahan tekanan akibat kontroversi hubungan sulit suaminya dengan Waheeda.

Dengar-dengar isteri Akhil Hayy sudah pun mengfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Kemungkinan besar perbicaraan kes nie akan bermula 2 Jun nanti.

Dari apa yang kami baca, apabila diminta mengesahkan gosip ini, Akhil Hayy telah menjawap seperti di bawah:-

Kalau boleh saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan tentang soal ini. No Comment. Ia berkait kehidupan peribadi saya dan cukuplah dengan kerjasama yang saya berikan selama ini. Biarlah orang mahu bercakap apa pun, Tuhan maha mengetahui segalanya.

Perjalanan hidup saya tetap perlu diteruskan. Kalau mahu diikutkan kontroversi, tak boleh buat kerja saya sudahnya. Saya anggap, apa yang berlaku ini sebagai dugaan buat saya. Sudah menjadi kelaziman, bila kita hendak berbuat baik dan melakukan dakwah, ada sahaja perkara yang menghalang. Justeru, saya akan berdepan dengan halangan ini

Tergelak besar kami membaca kenyataan seorang yang bergelar Ustaz macam nie. Patutlah rakyat Malaysia susah nak mencari role model. Kepala hotak dugaan buat diri dia. Dugaan untuk isteri ngan anak-anak dia tak pernah nak dipikirkan.

Berbuat baik dan melakukan dakwah? Hahaha. Malas nak komen lebih-lebih. Satu je nasihat kami. Jadilah jantan. Mengakulah. Sikit-sikit no komen. Menyampah kami dengar. Buat panas ulu hati nie jer.