May 23rd, 2009

engku aleesya majlis cukur jambul

Memang bertuah Engku Aleesya anak Erra Fazira dan Emran nie. Kecik-kecik lagi gambarnya ditunggu semua orang. Kalau kami jadi Erra, mungkin kami akan jual gambar anak kami dan buat duit macam artis-artis Hollywood.

Petang tadi buat pertama kalinya gambar Engku Aleesya dapat ditangkap di majlis cukur jambulnya. Nampak sihat dan berisi anak pertama Erra dan Emran nie.

Tahniah kami ucapkan kepada wartawan-wartawan hiburan. Akhirnya dapat jugak ambil gambar Engku Aleesya. Kepada Erra dan Emran, sila jaga anak anda dengan baik ye. Bukan senang nak menjadi anak kepada seorang selebriti.

Lagi gambar Engku Aleesya di majlis cukur jambul dengan membaca artikel ini sepenuhnya:-

April 29th, 2009

gambar sebenar anak erra fazira

Gambar sebenar anak Erra Fazira memang sedang hangat di pasaran. Bak tagline Hot FM, lebih hangat dari biasa. Kalau jual gambar anak dia, maybe Erra boleh dapat juta-juta kot.

Dari sebuah forum gosip, katanya di atas adalah gambar sebenar anak Erra Fazira. Malah ada yang kata bibir sama dengan Erra Fazira. Kami tak pulak perasan sampai ke tahap tue. Sama je semua bibir bayi di pandangan kami.

Anda rasa betul ke gambar di atas ini adalah gambar anak Erra Fazira? Yang si Erra nie pun satu, lambat betul nak kasik tengok gambar anak dia. Tak tahu ke ramai yang tertunggu-tunggu.