Written by AbangNara | September 2nd, 2013

Ah ~~ Teringat kenangan Abang Nara bermain salji di Korea apabila melihat gambar-gambar pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini. Memang seronok. Tambah-tambah lagi kalau pergi main ski. Nampak senang tapi sebenarnya susah. Tergolek itu perkara biasa.

scha alyahya

Semoga dengan percutian sebegini, hubungan Awal dan Scha akan bertambah erat. Mana tahu ada berita baik apabila pulang kelak. Sama-samalah kita doakan semoga akan hadir orang ketiga dalam keluarga mereka. Pasti mereka sendiri tak sabar nak menimang cahaya mata.

scha alyahya

Beberapa lagi keping gambar percutian Awal dan Scha di Mount Buller, Melbourne dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 31st, 2012

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memang murah rezeki Scha semenjak menjadi isteri ini. Terbaru, Scha dilantik menjadi Duta Avon menggantikan Fazura. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha atas perlantikan ini.
scha duta avon
Kini Avon mempunyai 2 orang selebriti sebagai duta mereka iaitu Neelofa dan Scha. Scha ditugaskan sebagai jurucakap untuk segala produk wangian Avon. Kata Scha:-

Saya kini mengambil alih tugas yang ditinggalkan Fazura. Tugas saya adalah menjadi duta dan jurucakap untuk semua produk haruman termasuk yang terbaru, City Rush daripada Avon. Neelofa pula adalah duta untuk produk kecantikan dan make-up dan ia lebih dikenali sebagai Avon Colors. Jadi saya harap dengan penjelasan ini akan dapat enjernihkan kekeliruan yang ada.

scha duta avon

Sementara itu Fazura pula mengganggap perlantikan Scha sebagai Duta Avon menggantikan dirinya adalah satu perkara biasa. Abang Nara terharu mendengar kata-kata Fazura yang sangat positif. Katanya:-

Saya melihat perkara ini sebagai lumrah atau perkara normal. Jauh sekali untuk saya berkecil hati atau memandang ia dari sudut negatif. Satu perkara biasa buat saya. Bagi saya Scha Al-Yahya adalah seorang aktres yang jelita dan popular. Malah dia juga mempunyai produk yang kuat di belakangnya seperti drama dan filem. Sebaliknya, saya jarang ada produk sepertinya.

Kan bagus kalau semua selebriti bersikap positif macam Fazura ini? Tak ada nak dengki-dengki. Pasti aman bahagia. Apa pun tahniah kepada Scha atas perlantikan ini sekali lagi. Kepada Fazura, pasti ada rezeki yang lebih baik untuk anda selepas ini. Info portal Murai.

Written by AbangNara | April 12th, 2011

scha pengantin

Cantiknya Scha memakai busana pengantin untuk majalah Nona. Bertambah cantik wajah yang sudah sedia cantik itu. Abang Nara tengok lama-lama muka Scha nie nampak makin berseri-seri. Orang tua-tua kata kalau jodoh dah dekat memang wajah tue berseri lain macam sikit. Iye ke?

Oh ye, tahukah anda yang Usop Wilcha adalah bapa saudara kepada Scha Al Yahya? Dan tahukah anda juga yang gosip Awal Ashaari menghadiahkan sebuah kereta Audi Q5 kepada Scha adalah gosip rekaan semata-mata? Semuanya boleh diketahui sekiranya andan lupa LIKE Facebook Scha & follow Twitter Scha untuk informasi terkini tentang dirinya.

P.S: Kek hari lahir yang paling seram.

Written by AbangNara | December 9th, 2010

scha al yahya

Lamanya tak bercerita tentang Scha Al Yahya. Bukan apa, semenjak ada awek baru bernama Lisa Surihani, bekas awek terpaksalah dilupakan. Hehehe. Gurauan semata-mata tue je. Jangan korang take serious pulak. Kami cuma setia pada si dia yang satu sahaja.

Sebenarnya kami jalan-jalan di Facebook Scha Al Yahya sebentar tadi dan tertengok gambar Scha memakai baju “Hanbok” ini. Untuk pengetahuan, Hanbok adalah baju tradisional orang Korea. Nampak comel dan macam sangat Korean apabila Scha pakai Hanbok. Cute sangat-sangat kan?

Oh ye sebelum terlupa, Awan Dania musim  ke 3 dah pun mula ditayangkan di Astro Ria setiap hari Isnin jam 9 malam. Yang bestnya season ini adalah penggambaran banyak dijalankan di luar negara. Kalau tak silap kami, lokasi luar negara untuk Awan Dania 3 ialah Korea dan Australia. Menarik kan?

So jangan lupa untuk terpacak depan TV setiap hari Isnin untuk terbang ke awan bersama Scha Al Yahya di Astro Ria.

Lagi gambar Scha Al Yahya memakai Hanbok dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar diambil dari Facebook Scha.

P.S: Alahai cutenya kucing 2 ekor nie