Written by AbangNara | November 10th, 2012

Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.

rosyam noor ask2012

Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.

Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh

Setahu Abang Nara, selalunya penyampai anugerah akan diberikan skrip untuk dibaca ketika berada di atas pentas. Namun Abang Nara tak pasti sama ada lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor ini adalah berdasarkan skrip ataupun terkeluar secara spontan. Apa pendapat anda?