June 14th, 2011

kad kahwin mizz nina noh hujan

Kalau hari itu kad kahwin Zed Zaidi bertemakan Facebook, kad kahwin Mizz Nina dan Noh Hujan nampaknya lebih menarik dan tertarik. Bertemakan kimono, pakaian traditional orang Jepun, kad kahwin mereka berdua ini sesungguhnya menunjukkan kefanatikan mereka terhadap budaya Jepun. Abang Nara suka gila dengan kekreatifan bakal pasangan ini.

Mizz Nina dan Noh Hujan akan dinikahkan pada 1 Julai 2011 ini dengan wang hantaran sebanyak RM11,000 dan mas kahwin RM888.88. Abang Nara doakan mereka berdua berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga persiapan majlis mereka berjalan dengan lancarnya.

November 18th, 2010

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

Yeah. Ini barulah seorang jantan. Sudah bertunang baru-baru ini, Noh Hujan dan Mizz Nina bakal bergelar suami isteri pada Julai 2011. Dan kami bangga dengan Noh Hujan sebab dah pesan awal-awal kepada bakal isterinya yang dia tidak mahu Mizz Nina seksi lagi selepas bergelar seorang isteri nanti. Kau memang jantan bro!!!

[note]Hmm… Sebelum ini saya ada nasihatkan tentang imej dia. Jadi rasanya dia tak boleh seksi selepas ini,[/note]

Untuk makluman, Noh Hujan berusia 26 tahun manakala Mizz Nina berusia 30 tahun. Menyingkap kembali bibit-bibit cinta mereka(ayat sastera la pulak), Noh berkata yang dia jatuh cinta dengan Mizz Nina semasa merakamkan lagu Kurnia. Start time tue barulah dia dan Mizz Nina mula berjiwang. Kira macam cinta dalam studio la nie.

Apa pun tahniah kepada Mizz Nina dan Noh Hujan atas pertunangan ini. Semoga semuanya selamat sehingga ke hari pernikahan kelak. Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Mizz Nina dan Noh Hujan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan