Written by AbangNara | December 11th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri yang kini telah pun bergelar suami isteri. Majlis akad nikah telah berlangsung sebentar tadi bertempat di Istana Negara lama. Kemeriahan majlis tersebut jelas terserlah dengan melihat gambar-gambar yang dikongikan menerusi akaun Instagram pasangan pengantin baru ini.

gambar pernikahan jovian mandagie nina ismail sabri

Kedua-dua mempelai tampil segak bergaya dan cantik menawan dalam persalinan pengantin serba putih. Tersenyum Abang Nara melihat wajah gembira Nina apabila Jovian melafazkan akad nikah untuk menjadikan dirinya isteri orang.

gambar pernikahan jovian mandagie nina ismail sabri

Tahniah sekali lagi buat Jovian dan Nina. Nantikan sebentar lagi gambar-gambar majlis pernikahan gilang gemilang ini. Tahniah!! Kredit gambar PrettyPeektures.