May 2nd, 2014

Cantik berseri-seri sungguh Misha Omar di hari pernikahannya. Suka Abang Nara melihatnya. Setelah mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya Misha sah bergelar isteri kepada Firos Ezzwan. “Bunga-bunga cinta” yang dinanti akhirnya mekar jua.  Anda berdua memang sama cantik sama padan.

misha omar

Tahniah sekali lagi buat Misha Omar dan Firos atas perkahwinan anda. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Adibah Noor.

P.S: Lelaki China hias rumah dengan bra

misha omar

misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar

misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar

February 20th, 2011

misha omar sudah berkahwin

Terkejut ungka sebentar Abang Nara membaca Pancaindera sebentar tadi. Mana taknya. Berita Misha Omar sudah berkahwin dan menjadi isteri nombor 3 kepada seorang usahawan kereta Kelantan yang digelar Datuk K sememangnya menggemparkan. Biar betik? Takkanlah Misha kahwin senyap-senyap kot?

Terus dengan pantas Abang Nara menjalankan siasatan rapi berkenaan dakwaan ini. Terima kasih kepada perkembangan teknologi sekarang, Misha Omar telah pun menafikan perkahwinannya di Twitter Misha Omar.

misha omar sudah berkahwin

Seperti yang anda baca, Misha Omar masih bujang trang tang tang lagi. Belum berkahwin dan semestinya bukan isteri nombor 3. Abang Nara rasa Misha akan berpegang teguh kepada janjinya yang akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya dia bertemu jodoh suatu hari nanti.

Kepada Misha, semoga dipercepatkan jodoh anda. Dan kalau kahwin nanti jangan lupa jemput team BeautifulNara ye.