October 6th, 2009

ozlyn mengandung

2 hari berturut-turut kami dapat berita pasal artis-artis mengandung. Alhamdulillah. Bertambah umat manusia kat bumi nie. Kali nie isteri si Johan Raja Lawak pulak, Ozlyn pulak yang dah berisi. Tahniah buat Johan dan Ozlyn. Pantas sungguh membuat anak.

Nampaknya tahun nie artis-artis Malaysia sibuk bertunang, berkahwin dan beranak. Bercerai pun ramai jugak. Tambah meriahlah dunia hiburan tanah air. Harap-harap banyak lagi berita baik yang akan kita dengar lepas nie. Asyik-asyik gosip liar jer. Tak elok dan tak sedap didengar jugak kan?

Sekali lagi tahniah buat Johan dan Ozlyn. Jangan kerja kuat-kuat sangat. Bahaya untuk kandungan.