Written by AbangNara | November 11th, 2016

Jutaan tahniah diucapkan kepada Amar Baharin dan Amyra Rosli yang telah pun selamat bergelar suami isteri sekitar jam 5.15 petang tadi. Majlis pernikahan telah berlangsung di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, Amyra menerima mas kahwin RM1,111 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Amar. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

amar13

Pasangan sama cantik sama padan ini akan diraikan di majlis resepsi sebelah pengantin perempuan di lokasi yang sama esok. Sementara itu majlis menyambut menantu akan diadakan pada 19 November di Ampang, Selangor.

amar5

Tahniah sekali lagi buat Amar dan Amyra. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Hlive.

 
Written by AbangNara | November 10th, 2016

Esok, Amar Baharin dan Amyra Rosli akan disatukan sebagai suami isteri. Pasti ramai peminat yang excited dan tidak sabar menunggu detik bahagia pasangan sama cantik dan sama padan ini. Semalam telah pun diadakan malam berinai untuk meraikan bakal pengantin baru ini. Memang cantik sungguh Amyra dan kacak sungguh Amar. Bak merpati dua sejoli.

gambar kahwin amyra rosli amar baharin

Semoga majlis pernikahan esok akan berjalan dengan lancar buat kedua-dua pasangan mempelai ini. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar sekitar malam berinai Amyra Rosli dan Amar Baharin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.