January 25th, 2012

Kewujudan jambang memang menampakkan lagi kemachoan dan kekacakan Noh Hujan. Paling penting, Noh nampak lebih matang bersesuaian dengan status seorang suami. Mizz Nina pula semakin hari semakin berseri. Terserlah kebahagiaan yang dikecapi oleh suami isteri ini selepas perkahwinan mereka.

noh hujan mizz nina

Apa yang Abang Nara suka mengenai posing mereka berdua untuk majalah ini ialah kegembiraan yang terpancar daripada wajah. Nampak tidak dibuat-buat. Tahniah kepada jurukamera yang berjaya mewujudkan suasana natural sebegini.

noh hujan mizz nina

Tak sabar rasanya untuk mendengar berita gembira tentang kehadiran orang ketiga dalam hidup Noh dan Mizz Nina. Semoga tahun 2012 ini membawa khabar gembira untuk mereka berdua.

February 23rd, 2011

mizz nina farid kamil

Kalau Noh Hujan tengok gambar Mizz Nina dan Farid Kamil dalam majalah Yezz nie mesti panas membara je. Hehehe. Tapi tak apa, semua ini atas dasar profesionalisme. Ambil gambar je pun. Hati tetap pada tunang yang tersayang. Tak gitu Mizz Nina? Harap-harap Noh tak terasa hati dengan entri ini. Gurau-gurau je pun.

Oh ye, Mizz Nina baru-baru ini telah pun dilantik menjadi duta Jeans Levi’s. Makin murah nampaknya rezeki Mizz Nina. Mungkin rezeki nak berkahwin kot. Korang yang suka Mizz Nina jangan lupa Like Facebook Mizz Nina ataupun follow Twitter Mizz Nina.

Lagi gambar Mizz Nina Dan Farid Kamil Dalam Majalah Yezz! dengan membaca entri ini sepenuhnya.

mizz nina farid kamil

mizz nina farid kamil

mizz nina farid kamil

mizz nina farid kamil

mizz nina farid kamil

mizz nina farid kamil

January 19th, 2011

mizz nina noh hujan

Memang Mizz Nina dan Noh Hujan adalah pasangan  merpati 2 sejoli. Sama cantik dan sama padan. Tapi kami dari dulu lagi agak pelik sikit kenapa Noh nie suka sangat bergambar dengan spek hitam. Nasib baik kekacakan Noh tetap terserlah. Mizz Nina jangan cakaplah. Memang gorgeous daripada dulu lagi.

Lagi gambar Mizz Nina dan Noh Hujan dalam majalah Perempuan dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Jagan lupa jadi Fans Facebook Mizz Nina di sini.

mizz nina noh hujan

mizz nina noh hujan

mizz nina noh hujan

mizz nina noh hujan

mizz nina noh hujan

mizz nina noh hujan

December 29th, 2010

mizz nina

Dengan gembira dan syahdunya, kami ingin memberikan Mizz Nina anugerah artis wanita yang paling cepat meningkat popular untuk tahun 2010. Anugerah ini khas untuk mereka-mereka yang tak dikenali sangat pada tahun 2009, tapi tiba-tiba popular tak ingat di tahun 2010. Mizz Nina sememangnya layak untuk mendapat anugerah ini daripada kami.

Kalau ditanya siapakah Mizz Nina pada tahun 2009, kami percaya ramai yang akan menjawap seperti ini:-

[note]Siapa Mizz Nina nie? Haram aku tak kenal pun [/note]

Tapi kalau ditanya siapa Mizz Nina sekarang ini, pastinya semua orang akan menjawap:-

[note] Mizz Nina yang lagu “What You Waiting For” tue kan? Yang tunang Noh Hujan tue kan? Yang ayah dia boss Ambank tue kan? [/note]

Dan sememangnya semuanya bermula dengan kehangatan lagu What You Waiting For yang telah pun mencetuskan kontroversi. Kata ramai orang, lirik lagu Mizz Nina menjatuhkan maruah gadis Melayu. Sedikit sebanyak kontroversi sebegini membantu menaikkan nama Mizz Nina. Ditambah pula dengan berita pertunangannya dengan Noh Hujan. Sememangnya tak salah dikatakan tahun 2010 telah menaikkan nama Mizz Nina di dalam dunia hiburan Malaysia.

Semoga tahun 2011 akan membawa lebih kefemesan kepada Mizz Nina. Lagi gambar Mizz Nina selepas ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RunWitMe.

mizz nina

mizz nina

mizz nina

mizz nina

mizz nina

mizz nina

mizz nina