September 17th, 2013

Berita baik buat jejaka-jejaka di luar sana yang meminati Hanez Suraya. Jika sebentar tadi Abang Nara kongsikan gambar mesranya bersama seorang lelaki, menerusi Utusan Malaysia, Hanez telah tampil memberitahu bahawa lelaki itu hanyalah teman biasanya. Bolehlah korang menarik nafas lega.

hanez

Untunglah lelaki di atas jadi kawan pun dapat pegang dan ambil bau Hanez Suraya. Balik boleh cerita kehebatan kepada rakan-rakan. Kata Hanez:-

Saya masih solo tanpa teman istimewa. Lelaki dalam gambar tersebut hanyalah seorang kawan yang turut berada di sana sewaktu saya sedang bekerja. Dia hanya teman biasa. Saya tidak risau untuk berdepan dengan pihak media dan sedia menjelaskan mengenai gambar-gambar tersebut

hanez

Selepas ini pasti berebut-rebut semua lelaki nak jadi kawan Hanez Suraya. Nasib baik Abang Nara dah kahwin kalau tak mesti Abang Nara pun join jugak sekali. Diharap Hanez lepas ini lebih berhati-hati. Jangan beri harapan kepada kawan-kawan lelaki anda. Nanti takut ramai yang kecewa. Hehehe.

P.S: Sekitar Pameran Motor Frankfurt.

September 17th, 2013

Fuh~~ Patah tumbuh hilang berganti. Hilang pakwe lama, pakwe baru boleh dicari. Amacam pantun 2 kerat Abang Nara? Ini semua gara-gara 2 keping gambar yang dikongsi oleh pembaca BeautifulNara menerusi Facebook. Di dalam kedua-dua gambar tersebut, kelihatan seseorang jejaka sedang memeluk pinggang Hanez Suraya dengan begitu mesra sekali. Adakah ini kekasih baru Hanez?

hanez suraya

Gambar di bawah pula lebih “daring” apabila si jejaka kelihatan seperti sedang membisikkan sesuatu ke telinga Hanez. Mungkin dia sedang cuba menghidu bau syampu yang digunakan oleh Hanez. Nampak khusyuk semacam kan?

hanez suraya

Adakah Hanez Suraya sudah menemui pengganti selepas putus dengan Awi Rafael baru-baru ini? Atau ini sekadar lakonan di dalam video klip atau drama terbarunya? Hanya Hanez sahaja yang tau. Kalau sudah ada kekasih baru, meraunglah pakwe-pakwe di luar sana yang menyimpan perasaan kepada Hanez. Tak gitu?

best

P.S: Dapatkan produk-produk kosmetik, penjagaan kulit, beg tangan dan minyak wangi pada HARGA TERBAIK hanya di Best Buy World Malaysia. Dijamin harga yang paling rendah anda pernah lihat. Pasti anda akan teruja!!! LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk lihat sendiri dengan mata anda.