Written by AbangNara | November 22nd, 2012

Teringin nak jumpa selebriti-selebriti popular seperti Zizan, Nazim Othman, Nabila Huda, Fouziah Gous, Diana Danielle dan Elfira Loy? Sebagai pembaca BeautifulNara, anda ada peluang untuk bertemu selebriti-selebriti ini dan ramai lagi yang akan turun memeriahkan majlis EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012.

eh 20 yang anggun

Abang Nara ada 5 pasang tiket untuk diberikan kepada pembaca BeautifulNara yang bertuah. Untuk makluman, majlis ini akan diadakan pada Sabtu (24 November) ini bermula jam 7 malam di The Pool, Ampang. Cara untuk memenangi tiket ini sangat mudah. Anda hanya perlu lengkapkan ayat ini “Saya ingin bertemu dengan ________(nama selebriti pilihan) di EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 kerana …...“. Suka hati koranglah nak buat karangan panjang mana.

eh 20 yang anggun

Pastikan slogan anda kelakar, menarik, kebabom dan hantarkannya ke [email protected]. 5 penghantar yang terbaik akan dipilih. Setiap pemenang boleh bawak sorang lagi kawan/pakwe/awek/mak/ayah/makcik/sepupu ke majlis EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2012. Jangan lupa sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk proses pengambilan tiket kelak.

eh 20 yang anggun

Berikut ialah senarai penuh selebriti-selebriti yang akan hadir untuk memudahkan anda membuat slogan. Aliff Aziz, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Fathia Latiff, Fouziah Gous, Hafiz, Iedil Putra, Intan Ladyana, Marsha, Misha Omar, Mizz Nina, Nabil, Nabila Huda, Nadiya Nissa, Nazim Othman, Pekin Ibrahim, Ryzal Jaafar dan Zizan Razak. Tunggu apa lagi? Join sekarang jugak.

Written by AbangNara | November 29th, 2010

gambar nita seksi

Wow. Itu sahaja perkataan yang terkeluar dari mulut kami apabila melihat gambar Nita, bekas kekasih Zahid AF di parti 20 Eh! Yang Anggun 2010. Memang vas gila-gila gitu. Memang lain dari yang lain. Memang meletup. Memang melekat. Memang segala-galanya memang. Tak tahu nak cakap memang apa dah. Korang letak la sendiri.

Mungkinkah tekanan perasaan akibat clash dengan Zahid menyebabkan badan Nita nampak agak lebih besar daripada sebelum ini. Kulit pun nampak lebih gelap dari biasa. Kemungkinan besar baru balik daripada berjemur di tepi pantai. Mungkin Nita ke pantai untuk mengubat luka di hati. Siapa tahu kan?

Kemungkinan besar Nita akan kembali seperti biasa dan tidak posing vas gila-gila macam ini kerana khabarnya Nita sudah pun berjumpa dengan pengganti Zahid. Zahid pun khabarnya sudah ada pengganti baru. Bak kata omputih, life must goes on. Semoga anda berdua berbahagia.

Lagi gambar Nita di parti 20 Eh! yang anggun dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Esok kami akan letakkan lagi gambar artis-artis lain di parti Eh! ini. Kredit gambar kepada abang Budiey.