May 22nd, 2013

Sejuknya mata memandang Leuniey Natasha, isteri kepada Apek memakai tudung. Tidak diketahui pula sama ada Leuniey sudah bertudung sepenuhnya atau hanya mencuba-cuba. Namun yang pasti kecomelan Leuniey lebih terserlah apabila bertudung.

leuniey natasha bertudung

Tentu Apek ialah orang yang paling seronok sekiranya Leuniey memakai tudung sepenuhnya. Harap-harap begitulah. Abang Nara respek dengan pasangan suami isteri ini kerana mereka memang nampak bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain.
leuniey natasha bertudung2 lagi gambar Leuniey Natasha comel bertudung dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Leuniey Natasha.

telekung

P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

leuniey natasha bertudung
leuniey natasha bertudung

February 4th, 2012

Apek dan para peminatnya boleh menarik nafas lega kerana bekas tunang Leuniey telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Cerita yang dibawa menerusi twitter yang mendakwa Apek punca putusnya pertunangannya adalah tidak benar sama sekali. Harian Metro hari ini melaporkan yang dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata.

apek

Kata bekas tunang Leuniey:-

Bekas tunang tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan kerana Khairul Fahmi. Bekas tunang memutuskan pertunangan tanpa memberitahu sebabnya. Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan.

Ditanya adakah dia mempunyai kaitan dengan twitter @MahsiH2, bekas tunang Leuniey memberitahu:-

Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang.

Diharap semua orang dapat clear picture dan tidak lagi menunding jari dan menuduh Apek punca putusnya pertunangan mereka berdua. Diharap Apek tabah dengan pelbagai berita yang menimpa dirinya terutama ketika ada big games.