Written by AbangNara | April 1st, 2009

gambar kawin yatt

Pertama kali tengok gambar perkahwinan Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah, terkagum kami sebentar sebab lawa betul hiasan bilik pengantinnya. Sempoi tapi cukup untuk membangkitkan ghairah asmara(ayat skema tak boleh blah).

Tapi kesian pulak kat si pengantin perempuan. Kami lebih banyak memfokuskan kepada kecantikan hiasan di bilik pengantin bukannya kepada keanggunan pengantin. Bukan apa, teringin nak tiru teknik hiasan bilik macam si Yatt ini bila nak kawin nanti.

Apa pun tahniah buat Yatt atas pernikahannya. Nampaknya tahun 2009 ini adalah tahun artis-artis berkahwin dan beranak.