Written by AbangNara | August 22nd, 2019

Akhirnya, setelah sekian lama menanti, pelakon kacak Zul Ariffin mengumumkan yang dia bakal berkahwin tahun hadapan. Walaubagaimanapun, Zul masih belum menemui tarikh yang sesuai dan akan memaklumkan perkara itu kepada semua apabila segalanya sudah selesai dirancang. Tambah menarik, Zul Ariffin memaklumkan yang bakal isterinya itu adalah seorang “non muslim” namun identiti wanita tersebut dirahsiakan oleh Zul. Sebelum ini, Zul Ariffin pernah dikaitkan bercinta dengan seorang model dari Ukraine.

zul ariffin kahwin

Kata Zul Ariffin:-

Saya merancang untuk berkahwin pada tahun 2020 memandangkan tahun itu agak cantik untuk mendirikan rumah tangga. Tapi masih belum ada lagi tarikh atau bulan yang sebenar kerana semuanya masih dalam perancangan, kalau jadi kahwin saya akan jemput. Tiada sebarang sidang media. Sekarang ini saya dah malas nak bercinta, kalau okay kita terus kahwin, tunggu sahaja apabila tiba waktunya.

Niat nak kahwin ni benda baik dan tak salah beritahu, cumanya selagi belum pasti kita tak nak heboh-heboh.Sebabnya ia ada berkaitan agama, wanit itu bukan Muslim dan saya tak mahu orang kata wanita itu peluk Islam hanya kerana nak kahwin. Dalam hal ini memperlukan sedikit masa dan biarlah dia memeluk Islam seikhlas hati dan kita bantu apa yang perlu

zul ariffin kahwin

Sudah pasti berita ini cukup menggembirakan para peminat Zul Ariffin yang sudah sekian lama ingin melihat pelakon sado ini bersanding di atas pelamin. Tak kisahlah sama ada bakal isteri Zul seorang “non muslim”, yang penting dia ada untuk membimbing wanita tersebut ke jalan yang diredhaiNya. Sama-samalah kita doakan agar perancangan ini menjadi kenyataan. Apa pun, tahniah buat Zul dan bakal isteri. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | November 15th, 2013

Dalam masa terdekat mempunyai tafsiran yang berbeza bagi setiap orang. Kalau untuk Abang Nara, masa terdekat ini dalam minggu depan atau esok lusa. Namun disebabkan kita berbicara mengenai perkahwinan, kemungkinan besar dalam masa terdekat untuk Zul Ariffin mengahwini Gayatri adalah sekitar awal tahun hadapan.

gayatri

Yang penting Zul sudah pun mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman bujangnya. Elok sangatlah tue. Rasanya dah dekat 2 tahun Zul dan Gayatri menyulam percintaan. Molek benar kalau diakhiri dengan pernikahan. Kata Zul:-

Memang ada sasaran ke arah itu (perkahwinan) tapi saya tak berani cakap banyak. Biarlah kami simpan dulu. Alhamdulillah hubungan kami makin baik, kukuh dan stabil. Memang ada sasaran ke arah itu (kahwin). Tapi kena lepaskan rakan artis lain kahwin dululah.

Mungkin tak lama sangat dan dalam masa terdekat tapi saya taknak kongsikan dulu. Rancang banyak-banyak tak salah sebab kalau sudah jodoh, tak lari ke mana pun. Cuma buat masa ini kita simpan dululah sehingga betul-betul dah dekat nanti.

zul ariffin dan gayatri

Abang Nara yakin banyak peminat Zul Ariffin yang kecewa mendengar berita ini. Namun itulah namanya jodoh. Doakanlah kebahagiaan mereka berdua. Lagipun nampak pasangan ini sangat serasi dan tak banyak cerita-cerita mengarut yang keluar tentang mereka. Semoga perancangan yang diaturkan dapat dijalankan dengan lancar. Tahniah Zul dan Gayatri.