Written by Bella | February 26th, 2015

Majlis persandingan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang telah berlangsung di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor pada tanggal 14 Februari lalu cukup meriah dan telah dihadiri lebih daripada 10 ribu orang.

Walaubagaimanapun, dalam kemeriahan tersebut terdapat sedikit masalah dimana makanan yang disediakan tidak cukup kerana tidak menjangka sambutan yang begitu baik daripada warga Yong Peng. Berikutan hal tersebut, Yana telah tampil memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputan yang tidak dapat menikmati makanan kerana ia telah habis sebelum majlis persandingan lagi.

Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi.

Jika mengikut aturcara pada kad jemputan, jamuan makan bermula jam 4.30 petang sehingga 10.30 malam manakala ketibaan pengantin pula pada jam 8 malam.

Dalam pada itu Yana turut meminta maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat tempat duduk dan bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu. Jelas pelakon siri Adnan Sempit itu tempat duduk VVIP turut dirempuh oleh beberapa peminat yang bertindak di luar kawalan pihaknya.

Kami menyediakan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi ia tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP.

Selalunya jika kita mengadakan majlis di tempat terbuka dan boleh dihadiri oleh peminat dan orang awam, semestinya jumlah hadirin yang hadir luar daripada jangkaan. Mereka merasa seronok dan teruja untuk melihat artis pujaan mereka bersanding kerana ia bukanlah satu peluang yang serign mereka dapat bukan?

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | February 15th, 2015

Pergh!!! Memang meriah sangat-sangat majlis resepsi Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang telah berlangsung di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor malam semalam. Hampir 6,000 peminat pasangan pengantin ini telah membanjiri dataran tersebut sekaligus memeriahkan lagi majlis persandingan mereka berdua. Memang orang Johor sempoi dan sporting sungguh!!!

gambar resepsi yana samsudin dan fadzil zahari

Abang Nara juga hampir mengalirkan air mata melihat video perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari. Romantik sungguh. Semoga percintaan mereka kekal abadi sehingga ke syurga. Tahniah kepada CST Production kerana berjaya men’capture’ detik indah mereka berdua.


Lagi 49 gambar sekitar majlis resepsi Yana Samsudin dan Fadzil Zahari dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi. Jangan lupa ikuti Yana Samsudin & Fadzil Zahari di Instagram mereka.

 
Written by AbangNara | February 15th, 2015

Abang Nara pasti Amran sedang meraung di dalam biliknya sambil memegang gambar Yana Samsudin. Tak apalah Amran. Dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana. Lagipun Yana dan Fadzil memang bak pinang dibelah dua. Kalau Yana dengan Amran, mungkin seumpama pinang dibelah 15. Tak berapa nak sesuai sangat. Hehehe.

gambar kahwin yana

Fuh~~ Memang klasik, romantik dan bahagia sungguh gambar pengantin baru kita ini. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Sesungguhnya perkahwinan ini adalah satu permulaan hidup baru buat anda berdua. Banyakkan bersabar, bertolak ansur dan saling memahami.

gambar kahwin yana

Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.

 
Written by AbangNara | February 13th, 2015

Alhamdulillah. Akhirnya Yana Samsudin dan Fadzil Zahari kini sah bergelar suami isteri. Abang Nara suka kisah percintaan mereka. Tak terlalu heboh. Hanya diketahui oleh keluarga terdekat sahaja. Tup-tup dah kahwin. Itulah namanya jodoh. Semoga Yana dan Fadzil akan kekal sebagai suami isteri sehingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Amin.

gambar nikah yana samsudin

Mereka berdua bakal bersanding esok di Dataran Gemilang Yong Peng. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.