October 24th, 2014

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat.

Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.
tmj nikahSelepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.

Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.

Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.

Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber gambar Twitter LuaskanKuasa, Berita Harian dan Internet.

tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah
tmj nikah

October 24th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang telah sah menjadi suami kepada Khaleeda Bustaman pagi tadi. Majlis pernikahan telah berlangsung di Istana Bukit Serene kira-kira jam 10 pagi. Pemain-pemain JDT seperti Safiq Rahim dan Aidil Zafuan turut dilihat menghadiri majlis pernikahan TMJ.

gambar pernikahan tmj

Selamat pengantin baru diucapkan kepada TMJ. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai.

gambar pernikahan tmj

Selamat melayari alam rumahtangga.