November 18th, 2010

gambar pernikahan siti saerah

27 Oktober yang lalu, Siti Saerah, adik kepada Datuk Siti Nurhaliza sudah pun selamat bergelar isteri orang. Kami pernah keluarkan entri mengucapkan tahniah kepada Siti Saerah atas perkahwinan tersebut. Hari ini kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Siti Saerah.

Kalau tak silap kami Datuk Siti Nurhaliza tidak dapat hadir di majlis pernikahan adiknya sebab ada konsert masa majlis pernikahan tersebut berlangsung. Apa pun, Saerah nampak berseri dan cun melecun di hari bahagia. Suaminya pun nampak hensem dan kacak bergaya. Semoga perkahwinan mereka berdua akan kekal bahagia selama-lamanya.

Lagi gambar sekitar majlis pernikahan Siti Saerah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar pernikahan siti saerah

gambar pernikahan siti saerah

gambar pernikahan siti saerah

gambar pernikahan siti saerah

gambar pernikahan siti saerah

gambar pernikahan siti saerah

gambar pernikahan siti saerah

November 10th, 2010

siti saerah kahwin

Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba hari ini Kosmo melaporkan yang Siti Saerah sudah pun berkahwin dengan Saiful Anuar pada 27 Oktober yang lalu. Sebenarnya kami pernah dapat information ini tapi tak berani nak tulis sebab takut tak betul. Apa pun jutaan tahniah kami ucapkan kepada Saerah yang sudah selamat bergelar isteri.

siti saerah kahwin

Tiada majlis besar-besaran untuk Saerah. Mungkin sebab nak setelkan yang wajib sahaja. Majlis pernikahan telah dilangsungkan di Kuala Lipis. Yang penting semuanya sudah selamat. Saerah dan suami pun tengah sibuk berbulan madu di Johor sekarang. Semoga cepat menimang anak kelak.

Tahniah sekali lagi kepada Saerah atas perkahwinan ini.